BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 18 Mac 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 5

AL HARIS Al HARRAS

Saidina Ali kwj meriwayatkan dari Nabi SAW
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai (Ma Wara Un Nahar) yang digelar Al-Haris Al Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya."
Ma Wara an-Nahar, dikatakan sebagai wilayah Khurasan yang terkenal. Memang dalam sejarah awal penaklukan Islam ke atas wilayah-wilayah timur Arab, nama Ma Wara an-Nahar sudah cukup terkenal. Nama itu sudah wujud daiam sejarah penaklukan oleh Sayidina Umar RA lagi, disambung lagi pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Maka nama itu memang terkenal  dalam sejarah umat Islam sehingga ke hari ini.

Khurasan juga adalah cukup terkenal, walaupun pada hari ini wilayah yang dinamakan Khurasan itu sudah tiada lagi dipotong-potong oleh pihak penjajah Barat yang cuba menghilangkarinya dari peta dunia. .Mereka juga yakin dengan kebenaran hadis-hadis Nabi SAW mengenai wilayah Khurasan ini.

Dari kawasan itulah akan muncul seorang lelaki yang digelar Al-Haris Harras. Al-Haris itu bermaksud Singa dan Harras bermaksud petani. Sebenarnya namanya pasti bukan Harris Harras kerana itu adalah gelarannya. Dipanggil namanya sedemikian mungkin kerana dia seorang petani yang hebat, berani dan tidak takut dengan sesiapa kecuali kepada Allah.

Ada yang berpendapat Al-Harras merupakan gelaran kepada bapanya. Maksudnya Beliau merupakan keluarga petani dan dalam keluarganya beliau adalah orang yang berjiwa pejuang bukan jiwa mencari makan seperti kebanyakan petani lain.

Al-Haris Harras mungkin muncul sesudah Al-Hasyimi bergabung dengan Pemuda Bani Tamim di Khurasan. Ketika wilayah Khurasan hancur dilanyak As-Sufyani, hanya Al-Haris Harras sahaja yang sanggup membantu Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi dalam perjuangan menentang As-Sufyani.

*Al-Mansur merupakan gelaran kepada Pemuda Bani Tamim seperti yang ramai sedia maklum

Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan, “Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat
Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam,
kemudian Ibnul ‘Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya
al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya,
sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah
hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan.
Karena perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya
sebutkannya.”

Dalam hadis di atas menyebut tentang seorang lelaki yang muncul lebih awal sebelum Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim (Al-Mansur). Kalau sesiapa yang membaca Siri 'Al-Hasyimi - Identiti Terahsia Kebangkitan Islam' mungkin dapat mengagak bahawa lelaki perkasa yang dimaksudkan mungkin ialah Al-Hasyimi sebab itu dia dipanggil pemegang kunci kemenangan Islam. Namun tidak dapat dipastikan siapakah yang mendapat gelaran As-salam dan Ibnul 'Asab. Mungkin keduanya merujuk kepada Pemuda Bani Hasyim dan Haris Harras. Wallahua'lam.