BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 11 April 2012

Hati-hati dengan website ini

 As salam

 Saya sudah beberapa kali merisik satu website

 Mari ke alam jin & bunian

 Website ini telah melakukan fitnah tanpa belas kasihan padahal orang yang difitnah adalah orang Islam sendiri.

Saya bukanlah wali atau orang yang soleh namun kebencian pemilik website terhadap Abuya tidak ada batasnya. Bahkan menuduh orang yang mengaku wali adalah dajjal kecil adalah satu tuduhan yang berat.

Menurutnya abuya adalah dajjal ke 25 dan dajjal ke 26 dari cyprus. Dajjal ke 27 adalah dari kepulauan jawa.

Saya hairan sedangkan sang penuduh tidak tahu realiti sebenar.

sang penuduh hanya mendengar-dengar khabar sahaja sedangkan realiti sebenar bukan begitu.

Contohnya ramai beranggapan Syeikh Nazim berselisih dengan Abuya soal Imam Mahdi sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Biarlah hanya saya tahu apa yang berlaku buat masa ini dan kepada Allah diserahkan sang penuduh.

Jika kita benar-benar orang Islam kenapa kita membenci sesama kita. Kenapa kita memburuk-burukkan orang yang kita tak pernah berjumpa dengannya walau sekali.

Sepatutnya kita bersangka baik sesama kita bukan bergantung kepada pengalaman dengan jin.

Kenapa begitu? kerana setiap orang mempunyai Ilmu yang berbeza dan kita bukanlah tuhan yang boleh mengenal yang mana baik yang mana Dajjal.

Saya meletakkan kepercayaan kepada para pembaca menilai sendiri yang mana yang Haq yang mana yang Batil.

Allah adalah sebaik-baik pembela Dialah Tuhan yang maha Agung.

Sebelum itu, Syiah bukan untuk dibenci tapi dikasihani kerana tertipu oleh Yahudi seperti mana Kristian tertipu. Begitu Yahudi menipu umat Islam dengan Wahabi. Mereka yang telah menganut fahaman wahabi dan syiah sama saja seperti penganut Agama Kristian. Mereka ditipu Yahudi. Tapi Allah bakal menyelamatkan mereka dengan Imam Mahdi dan Nabi Isa as kerana KASIH SAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA.

"Wahai Tuhan kami, kami hanyalah hamba-hambaMu yang pendosa bukan kekasih-kekasihMu.Sampaikan salam rindu kami terhadap baginda SAW yang mulia yang mana keperibadiannya mampu melembutkan hati-hati jiwa yang mencari kebenaran. Wahai Tuhan kami, kami berlindung dari fitnah Dajjal yang Engkau peringatkan melalui rasulmu Muhammad saw"

Sekian wa salam

Tiada ulasan: