BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 11 April 2012

Imam Mahdi lebih dari satu?

Riwayat berikut adalah dari Kitab al-Fitan oleh Nuaim bin Hammad. Imam Jalaluddin as-Suyuti termasuk mereka di dalam buku al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi
Ibnu Munadi berkata bahawa

"Dalam kitab Nabi Daniel  (as), dilaporkan bahawa," As-Sufyani ada tiga dan Imam Mahdi ada tiga. Apabila As-Sufyani pertama muncul dan nama serta kemasyhuran menjadi meluas, Imam Mahdi pertama akan berhadapan dengan dia, Imam Mahdi kedua akan menghadapi As-Sufyani kedua dan Iman Mahdi ketiga akan menghadapi As-Sufyani ketiga dan Allah swt, akan menghantar dia (Imam Mahdi ketiga ) untuk menyelamatkan orang-orang yang telah mengalami kerosakan, dan orang-orang yang beriman. Sunnah akan dihidupkan semula melalui beliau  dan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman akan berakhir melalui beliau. Manusia akan dihargai dan mereka menang atas lawan-lawan mereka pada masa beliau. Satu kehidupan yang indah akan hidup, dan Bumi dan Langit akan menjadi lebih berkah" 

(Al-Muttaqi Al-Hindi's Al-Burhan fi Alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman) dan (Jalaluddin As-Suyuti Al-'arf al-Wardi fi AkhbarAl-Mahdi , sebahagian daripada Al-Hawi li al-Fatawa)

 Setakat ini ada dua Imam Mahdi yang saya kenali iaitu


  1. Muhammad Al-Mahdi yang sezaman dengan dengan Imam As-Syafie rh yang terkenal sebagai Imam Mahdi yang muncul setiap kurun menemui sesiapa yang terpilih. Dikatakan beliau menetap di Alam wali dan beliau terkenal di kalangan para wali. Umurnya sehingga kini adalah lebih seribu tahun.
  2. Muhammad Ibnu Abdullah As-Suhaimi yang lahir sekitar 170 tahun dahulu. Beliau mengembara ke Mekah dan  beliau dilantik sebagai Imam Mahdi oleh majlis wali-wali.
Dua Imam Mahdi ini disebut dalam buku Imam Mahdi: Rahsia Kegemilangan Umat Islam


Itulah sedikit sebanyak yang saya kongsikan buat masa ini. Sekian Wallahua'lam.

*Imam Mahdi yang disebut-sebut Syeikh Nazim rh adalah Imam Mahdi no 1.

Tiada ulasan: