BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 9 April 2012

Jawapan tentang perihal Yakjuj Makjuj

As salam

Satu ulasan diterima untuk tulisan Perihal Yakjuj Makjuj dari islamic neutron

Menarik tuan... adakah tuan telah siapkan kajian ni? saya rasa 1 rencana ini belum cukup nak tegakkan pendirian tuan... Buku2 kat luar sana, dan tesis2 daripada penulis terkenal di FB mempercayai mereka ialah Yahudi Eropah.. hybrid tu, maknanya kawin campur klu ikut pemahaman melalui bacaan saya dalam tulisan2 mereka. Mohon pencrahan ^^ Wasalam, salam melawat 

Saya menulis artikel Perihal Yakjuj Makjuj untuk menyuarakan apa yang telah saya fahami dari hadis-hadis ulama' sunni lama yang telah ditinggalkan oleh ulama'-ulama' sunni moden atas alasan hadis-hadis tersebut Dhaif dan Mauduk

Dalam artikel Perihal Yakjuj Makjuj 2 saya sertakan sedikit hadis-hadis dan pendapat ulama' lama yang saya gunakan dalam pembentukan Teori bahawa Yakjuj Makjuj bukan seperti manusia moden seperti hari ini.

 Ada beberapa hadis/riwayat/pendapat ulama' lama yang saya tidak sertakan kerana bahan rujukan yang saya gunakan sudah hilang entah ke mana.

Jadi saya menggunakan memori yang ada untuk menggubal teori ini.

Saya tidak memaksa sesiapa untuk menerima pendapat saya. Jika mahu terima silakan jika tidak anggap sahaja ia sebagai mental exercise.

Saya tahu teori saya tak mungkin benar 100%

Proses saya membuat teori tidak sama dengan proses pengkaji lain membuat teori.

Saya mengambil kira sumber-sumber yang orang lain tidak ambil kira.

Saya menerima hadis-hadis dhaif atau palsu kerana saya berpendapat hadis-hadis seperti ini boleh jadi akan membantu saya kerana saya tahu yang meletakkan taraf hadis itu sahih, hasan, dhaif dan mauduk adalah ahli hadis.

Ahli hadis yang berbeza mempunyai syarat-syarat  berbeza. Maka saya cuba lari dari penarafan hadis seperti itu dengan menganggap setiap hadis yang yang ditulis ulama'-ulama' tradisional boleh jadi hadis yang benar.

Saya juga mengambil kira isu yang menjadi perdebatan di kalangan ulama' lama berkaitan sesuatu perkara contohnya Isu Yakjuj Makjuj adalah keturunan Nabi Adam bukan melalui Hawa dan merujuk kepada dalil dalil hadis yang dikemukakan mereka (saya masih belum menemui bahan rujukan saya untuk saya tuliskan di sini).

Saya memohon ampun maaf jika artikel tersebut kurang memuaskan hati pembaca kerana hampir 80% artikel dalam blog ini adalah hasil pemahaman saya dan saya tak akan paksa orang lain menerima pendapat saya.

Sekali lagi saya memohon ampun kerana saya tak dapat mengemukakan hujah yang kukuh kerana ketiadaan bahan rujukan di sisi saya..

Saya bergantung kepada memori dan pemahaman saya ketika itu dan semuanya mungkin berubah buat masa akan datang.

Saya memohon beribu ampun jika jawapan saya agak kasar dan menyakiti pembaca.

Saya mengaku setiap yang buruk dalam blog ini adalah datang dari kelemahan dan dosa saya sendiri manakala yang baik itu datangnya dari Allah

Sekian ampun maaf wa salam

Tiada ulasan: