BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 9 April 2012

Ujian Berat Ketika Rasulullah saw meninggalkan dunia

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdullah bin Hausyab. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Bapaknya dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha ia berkata
"Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda 'Tidaklah seorang nabi sakit kecuali akan diberi pilihan antara dunia dan akhirat.' Aisyah berkata 'Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus, beliau bersabda: 'Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang yang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang shalih dan mereka itulah sebaik-baik teman.' Maka aku tahu bahwa waktu itu beliau sedang diberi pilihan"
Rasulullah saw ketika menghidap satu sakit yang berat maka Allah telah memberi kepadanya dua pilihan

PERTAMA       Terus hidup dan memimpin umatnya sehingga kiamat
KEDUA            Bersama-sama dengan orang soleh di alam yang diduduki mereka (Rafiqul 'ala)

Ketika Rasulullah saw hampir menghembuskan nafas terakhir, Saidatina Aisyah mendengar baginda menyebut perkataan "Allahumma Rafiqul A'la" yang bermaksud "Ya Allah, Teman yang tertinggi". Saidatina Aisyah faham bahawa baginda saw telah memilih untuk tidak terus hidup bersama umatnya.

Saidina Ali kwj mendengar perkataan Nabi Saw beberapa saat sebelum baginda meninggalkan dunia yakni "Ummati,Ummati,Ummati" yakni sesudah baginda mewasiatkan umatnya untuk menjaga solat.

Begitulah satu kisah agung yang disampaikan kepada kita.

Tapi fahamkah kita perasaan baginda saw ketika itu.

Cuba bayangkan betapa beratnya pilihan tersebut kerana
  • Baginda diwahyukan akan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa akan datang yang akan menimpanya umatnya
  • Baginda mengetahui bahawa umatnya pasti akan berdepan dengan Dajjal dimana fitnah Dajjal adalah fitnah yang paling besar yang belum pernah berlaku sejak Nabi Adam as diciptakan
  • Baginda sangat memahami risiko yang memimpa umat baginda sepanjang ketiadaan baginda
 Apabila baginda diberi pilihan tersebut sebenarnya baginda mungkin tersepit dalam satu dilema yang cukup besar.

memilih ALLAH yang maha AGUNG atau memilih UMAT baginda yang amat MEMERLUKAN baginda.

Cuba bayangkan kita berada di tempat Rasulullah. Bayangkan betapa beratnya pilihan itu.

Rasakan bagaimana beratnya baginda mengungkapkan jawapan kepada pilihan tersebut yakni ALLAHUMMA RAFIQUL 'ALA sedangkan baginda begitu risaukan umat baginda.

Baginda seorang rasul yang Allah kurniakan hati yang begitu mencintai umat baginda. Sudah tentu baginda sebenarnya tidak sanggup meninggalkan umat baginda yang dicintai.

Bayangkan betapa hancur luluhnya hati seorang rasul meninggalkan umatnya yang dicintai dan memilih cinta ALLAH yang agung.

Hebatnya derita yang ditanggung rasul yang Allah muliakan sehingga diperintahkan kita berselawat keatas baginda sedangkan Allah dan para Malaikat berselawat terhadap baginda.

Bayangkan dalam sakit yang mencengkam itu baginda diminta membuat pilihan yang paling berat untuk ditanggung baginda iaitu memilih Allah ATAU umat baginda.

Bagaimana kita boleh meminggirkan Rasulullah saw dari hidup kita sedangkan baginda itu yang sebenarnya sangat-sangatlah mencintai umat baginda.

Bagaimana kita boleh kata baginda telah MATI dan HANYA TINGGAL KENANGAN padahal baginda diizinkan Allah memimpin umat baginda dari Alam para Rafiiqul 'Ala

Kenapa kita berani mengatakan setiap kali menyambut MAULID RASUL bahawa kita hanya mengenang jasa baginda sedangkan baginda bukanlah pergi meninggalkan kita bahkan baginda memilih untuk hidup di alam Rafiqul 'Ala dimana baginda saw, para nabi, para wali, para syuhada dan orang-orang yang soleh terus hidup dan menerima nikmat di alam sana.

Baginda pula buka bersenang-senang di alam sana bahkan baginda sangat bekerja keras untuk menyelamatkan umat baginda.

Kita diperintahkan bertawasul dengan baginda saw kerana baginda itu sangatlah membantu kita dari alam sana.

Bahkan kalau kita dikejar Yahudi dan meminta tolong baginda maka hapuslah Yahudi yang mengejar kita itu dengan izin Allah.

Maka pilihan baginda saw bukan satu kesalahan bahkan sebenarnya sebijak-bijak pilihan wahai umat Islam kerana baginda itu bebas menolong umat baginda dari Alam sana.

Agama Allah ini dibaiki dari segala kerosakan ciptaan Yahudi kerana kita ada Nabi yang masih memimpin kita dengan perantaraan para Mujaddid wahai umat Islam.

Kunci mendapatkan pertolongan itu terkandung dalam wasiat terakhir baginda yakni "Jagalah solat" kerana dalam solat itu kita memanggil-manggil Nabi kita ketika kita menyebut "Assalamu'alaika Ayyuhannabi" yang bermaksud "salam sejahtera buatmu wahai nabi" kerana ini adalah tawassul asas yang Allah kurniakan kepada umat Islam untuk kita berhubung dengan Nabi kita saw.

Di waktu yang berikutnya kita berselawat ke atas baginda yakni ketika kita menyebut "Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad" iaitu "Ya Allah selawat ke atas penghulu kami Muhammad (saw)"

Hadis ada menyebutkan bahawa selawat oleh umat baginda akan disampaikan kepada baginda dan baginda akan membalas balik selawat kita"

Kita ulang dua kunci syafaat (pertolongan) ini sebanyak 2 kali sekali ketika tahiyat awal dan sekali semasa tahiyat akhir.

Jadi dalam satu solat sahaja kita sudah pegang 4 kunci untuk memohon syafaat baginda. Kalau solat lima waktu maka kita memegang 17 kunci yang melayakkan kita mendapat pertolongan baginda.

Tidak hairanlah orang yang soleh maka mereka akan mudah mendapat pertolongan baginda yang datang dari Alam Rafiqul a'la.

Cuba bayangkan orang yang banyak melakukan solat (dengan khusyuk) maka tidak mustahil dia mendapat bantuan dalam semua urusannya ditambah pula dengan selawat-selawat yang dilakukannya di luar solat.

Oleh itu jadikan baginda rasulullah saw no 1 di hati kita janganlah kita menjadi orang-orang yang berkata bahawa RASULULLAH HANYA TINGGAL KENANGAN sedangkan baginda saw itu tetaplah MEMIMPIN kita dari alam Rafiqul 'ala yakni alam dimana ditempatkan roh-roh orang yang bertaqwa HIDUP menerima nikmat dari ALLAH dan NABI kita pula bukanlah bersenang-senang di alam sana kerana baginda itu tetaplah bekerja keras untuk menyelamatkan setiap satu umat baginda.


Dan ketahuilah bahawa sebanyak mana dosa kita itu baginda tetap menerima kita dengan tangan terbuka kerana KASIH BAGINDA pada umat baginda tidak pernah padam oleh seribu satu pengkhianatan yang kita lakukan ke atas ajaran baginda melalui dosa-dosa yang kita lakukan.

Ketahuilah di hari AKHIRAT, kitalah orang yang pertama ditanya baginda wahai umat Islam.


YA ALLAH SAMPAIKAN SELAWAT  SALAM RINDU KAMI KE ATAS BAGINDA SAW, INSAN YANG KAU CIPTAKAN HINGGA CAIRLAH JIWA ORANG-ORANG YANG MELIHAT BAGINDA SEKALIPUN HANYA MELIHAT KELIBAT BAGINDA SEHINGGA JADILAH ORANG ITU ORANG YANG AMAT MERINDUI RASULMU SIANG DAN MALAM HINGGA BERKATALAH JIWA-JIWA TERSEBUT "JIKA KAMI DIBERI PILIHAN MAKA KAMI AKAN MEMILIH UNTUK BERADA DI TEMPAT RASUL KAMI DITEMPATKAN WAHAI TUHAN YANG MENCIPTAKAN HATI-HATI MANUSIA"


*Kematian bukan untuk ditakuti kerana kematian adalah detik di mana kita akan bersama-sama rasul kita wahai umat Islam. Bacalah kisah para sahabat yang mana mereka merindui kematian kerana mereka amat mencintai baginda saw lantas mereka berharap disegerakan pertemuan mereka dengan baginda Rasul tercinta.


*Alam rafiqul 'ala itu adalah idaman setiap orang orang yang soleh kerana alam Rafiqul a'la itu adalah alam syurga awal sebelum syurga sebenar


Alam Rafiqul a'la adalah alam dimana baginda saw bersabda

"Sesungguhnya kuburan itu taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka". (Hadis Sunan At-Termizi)


Hari ini kita lebih dimomokkan dengan siksa kubur sedangkan kita lupa bahawa rahmat Allah sangatlah luas. Jadilah kita orang-orang yang takut pada kematian sedangkan kita sendiri enggan berusaha untuk mencari rahmat keredhaan Allah. Kita jadi takut mati kerana takut seksa kubur


Seksaan kubur itu hanya untuk orang yang ENGGAN bertaubat sebelum kematiannya sedangkan orang yang KEMBALI BERTAUBAT kepada Allah maka Allah akan menerima taubatnya selagi nyawa belum sampai di kerongkongan.


Belas kasih Allah itu mengatasi kemurkaanNya. Segala bala azab yang menimpa keranaa kita ENGGAN kembali bertaubat atas kesalahan-kesalahan kita.


Kematian adalah PEMUTUS SEGALA NIKMAT DUNIA dan ia boleh jadi PERMULAAN KEPADA NIKMAT YANG KEKAL ABADI atau PERMULAAN AZAB YANG TAK TERPERI.


Jadikan kematian adalah PERMULAAN KEPADA NIKMAT YANG KEKAL ABADI kerana Allah yang kita sembah sehari-hari itu RAHMATNYA TIDAK TERHITUNG..


JADILAH KITA ORANG YANG HIDUP BERJUANG UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SUPAYA KEMATIAN KITA ADALAH PINTU PERTEMUAN KITA DENGAN RASUL KITA DAN PERMULAAN KEPADA NIKMAT YANG KEKAL ABADI.













Tiada ulasan: