BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 15 Jun 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 7

PEMBEBASAN MA WARA UN NAHAR

Satu peristiwa penting dalam sejarah akhir zaman ialah munculnya panji-panji hitam dari negara ma wara un nahar.

Ma wara un nahar adalah negeri di belakang sungai dan gelaran ini pernah diberikan kepada wilayah khurasan. Namun jadual akhir zaman berlaku dengan cara yang misteri.

Anda pernah melihat mana-mana drama atau sinetron atau telenovela atau soap opera di kaca-kaca televisyen?

Jika anda pernah melihatnya, anda dapati jalan ceritanya sangat panjang dan berbelit-belit. Persoalan yang baru timbul setelah persoalan sedia ada terjawab. Jalan cerita yang terkandung dalam sinetron dan telenovela terutamanya penuh kejutan dan ianya tidak akan memastikan watak-watak dalamnya tahu kebenaran dengan  cepat. Ianya menunjukkan dominasi kejahatan sehingga akhirnya bila kebenaran didedahkan maka baru kebaikan boleh mendominasi jlan cerita.

Jadual akhir zaman juga sama seperti sinetron atau telenovela. Kejahatan mendominasi dunia, kebenaran disembunyikan dan yang baik selalu tertindas.

Satu demi satu persoalan cuba difahamai maknanya. Setelah difahami satu-satu persoalan, persoalan baru muncul

Jika persoalan Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim sudah selesai. Perihal pemuda bani hasyim baru buka kefahamannya kini tiba masanya untuk dibuka mmengenai perihal maksud negeri 'Ma wara un nahar'

Pencarian tentang 'Ma wara un nahar' pada akhirnya pasti akan menemukan jawapan yang mengejutkan.

Jika sebelum ini Ma wara un nahar disebut-sebut sebagai khurasan. Bila disebut khurasan maka peta inilah yang muncul di minda para pejuang Islam

 

tapi pencarian terbaru membawa kepada sebuah tempat yang tak terfikirkan yakni

 

kenapa saya anggap Filipina boleh jadi khurasan atau ma wara un nahar yang dimaksudkan hadis?

Pertama bahasa yang dominan di Filipina ialah bahasa Tagalog. Perkataan Tagalog berasal dari perkataan tagá-ílog, dari tagá- yang bermakna "penduduk asal" dan ílog yang bermakna "sungai", atau "penduduk asal di tepi sungai".  

 Filipina sebelum kehadiran bangsa sepanyol merupkan wilayah islam. Kesultanan Sulu memerintah di sana sebelum ditumpaskan penjajah. Penduduknya dikristiankan beramai-ramai. Kenapa Penjajah melakukan begitu? 

Kedua Filipina tempat berhubungnya pelbagai budaya serata dunia. Kesannya dapat dilihat pada bahasa Tagalog moden yang terdapat campuran perkataan Melayu, Sepanyol, Inggeris, Cina, Jepun, Arab, Hindi, Tamil, Jawa serta bahasa-bahasa puak asli dari benua Amerika. 


Biasanya bahasa menggambarkan perhubungan kaum tersebut dengan kaum-kaum lain. Bahasa yang mempunyai kata-kata pinjaman menunjukkan bangsa itu pernah berhubung dengan bangsa luar. Jadi masyarakat Filipina yang asal bukanlah bangsa yang duduk dalam hutan atau gua yang tak tahu tentang dunia luar tetapi merupakan bangsa pedagang kerana mereka adalah bangsa nusantara. Kesultanan Sulu menjai bukti bahawa mereka bukan calang-calang kaum.

Ketiga Ma wara un nahar tempat lahirnya Harris Harras. Harris Harras dikatakan sebagai seorang petani yang berjaya. Sudah tentu tanah kelahirannya adalah tempat yang subur.Khurasan yang kita kenali dikelilingi padang pasir. Walaupun ia agak subur tapi kesuburannya bergantung kepada sungai semata-mata sedangkan Filipina tidak ada dakwa dakwinya lagi.

Keempat saya masih tidak faham relevennya jika Harris Harras lahir di khurasan yang kita sedia maklum. Ini kerana Imam Mahdi yang dijanjikan, Pemuda Bani Tamim dan Pemuda Bani Hasyim lahir di nusantara. Tapi jika khurasan yang dimaksudkan hadis adalah Filipina kita boleh faham kerana Filipina adalah nusantara juga.  Sesuai pula dengan jadual akhir zaman bahawa bangsa Melayu adalah pemerintah dunia di akhir zaman.

Jika sebelum ini diceritakan tentang daulah yang dibentuk dan seterusnya dikatakan Pemuda Bani Hasyim, Harris Harras dan Pemuda Bani Tamim bersatu di wilayah yang dikenal sebagai Khurasan untuk memerangi As-Sufyani dan pertempuran besar berlaku di Khurasan. 




Tiada ulasan: