BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 17 November 2012

Fasa Perjuangan Sayyidina Mahdi as

Bismillahi ghafurur rahim
Assalamu'alaik zainal anbiya'

Sayyidina Mahdi as sudah berperanan. itulah kebenarannya dan tapak pemerintahan beliau sedang disiapkan. Terdapat beberapa fasa perjuangan beliau.

Fasa 1: Penegakan tiang Islam
- Sayyidina mahdi as (syeikh suhaimi) menjadikan asia tenggara sebagai wilayah yang berpegang kepada teras Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau melindungi masyarakat melayu khususnya di Tanah Melayu daripada fahaman menyeleweng terutamanya fahaman kaum muda (wahabi) yang meningkatkan pengaruhnya ke seluruh dunia. Sayyidina Mahdi as menegakkan tarekat yang dikhususkan untuk akhir zaman oleh baginda Rasulullah saw. ketika Wahabi menguasai haramain Sayyidi pun ghaib untuk menjalankan misi rahsianya yakni mencipta kelahiran pembantunya yang akan meneruskan fasa seterusnya yang digelar Sayyidina Fata At Tamimi.

Fasa 2: Pembangunan Islam secara material
- Sayyidina mahdi dan Rasulullah saw memimpin Sayyidina Fata at Tamimi yang membangunkan islam secara praktikal. Sayyidina At Tamimi bersama jemaahnya membangunkan ekonomi islam, media dan kebudayaan Islam, industri Islam, pertanian Islam dan perkampungan Islam model di seluruh malaysia. jemaah berkembang menjadi pesat sehingga tertubuhnya bandar Islam. Pembanguan material bukan sahaja di Malaysia bahkan di merata dunia. Sayyidina At Tamimi menunjukkan bahawa Islam mampu kelihatan berwibawa, mewah dan canggih menandingi bukan Islam. Setelah pembangunanMaterial berjaya maka Sayyidina At Tamimi pun ghaib bagi menemani Sayyidina Mahdi di alam roh untuk kembali ke dunia bersama.

Fasa 3: Pengenalan Teknologi Roh
- Apabila Sayyidina Mahdi as dan Sayyidina At Tamimi kembali ke dunia dalam keadaan invisible maka bermula era pembangunan rohaniah dimana rohaniah ahli jemaah dibangun untuk menjadi orang roh yang bertaraf wali. penggunaan teknologi roh mula diperkenalkan kepada dunia. Kerajaan roh menggoncang dunia dan mencipta seribu satu keajaiban. Perhubungan roh bersama roh Rasulullah saw mula diguna pada jemaah dan pendokong kebenaran.

* pembangunan material adalah bersifat sementara bagi menunjukkan kemegahan dan kehebatan Islam. Teknologi roh diperkenalkan secara beransur-ansur kerana teknologi ini sahaja yang akan diguna pakai dalam kerajaan Sayyidina Mahdi as dimana ketika itu segala teknologi moden akan musnah. Kita sedang hidup dalam fasa ketiga.

# saya tidak menyebut tentang peranan Sayyidina al hasyimi ra dan Sayyidina Haris ra kerana belum dipastikan siapakah individu tersebut. mereka mungkin sedang berperanan namun Allah swt dan RSA lebih tahu keberadaan mereka.

Tiada ulasan: