BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 24 November 2012

Gelaran Al Hasyimi Ra

HADIS 1
Abdullah Ibnu Abbas ra berkata kepada Mujahid:
'Jika aku tidak mendengar yang kamu mencintai ahlul bait aku tidak akan menceritakan perkara ini kepadamu'
Mujahid berkata:
'Aku akan simpan rahsia ini, aku tidak akan memberitahu sesiapa pun yang kamu benci'
Maka Abdullah bin Abbas pun berkata:
'Ada 4 orang dari Ahlul bait, dari kami Al Saffah, dari kami Al Munzir, dari kami Al Mansur, dari kami Al Mahdi'
Mujahid berkata:
'Terangkan padaku'
Ibnu Abbas menjawab:
Al Saffah, dia akan membunuh para pengikutnya dan memaafkan musuh-musuhnya. Al Munzir menyerahkan kekayaan kepada orang, bersifat zuhud dan hanya mengambil sedikituntuk keperluan. Al Mansur akan diberi kemenangan ke atas musuh dan diberi sebahagian dari apa yang diberi kepada rasulullah saw yakni bagi baginda saw, musuh akan ketakutan dua bulan sebelum berhadapan dengan baginda. bagi Al Mansur, musuh akan ketakutan sebulan sebelum berhadapan dengannya. Al Mahdi akan memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana dunia dipenuhi dengan kezaliman. Musang dan ternakan akan tinggal bersama secara aman. Bumi akan mengeluarkan harta yang tersembunyi kelihatan seperti rod emas atau perak.

HADIS 2
Ibnu Abbas berkata:
'Dari kami Al Saffah, Al Mansur dan Al Mahdi yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada Nabi Isa Ibnu Maryam as

HADIS 3
Khabar Al Khatib dari Ibnu Abbas ibunya Ummu Fadhl. Rasulullah saw bersabda:
'Wahai Abbas, dikau bapa saudaraku dan kembar bapaku dan kaulah sebaik-baik pengganti selepasku. Apabila datang tahun 153 maka itu tahun buatmu dan keturunanmu antaranya ialah Al Saffah, Al Mansur dan Al Mahdi'

HADIS 4
Dari Abu Muawiyah dari Al A'mash dari 'Atiyyah dari Abu Said Al Khudri Ra Rasulullah saw bersabda:
'akan muncul seorang lelaki dari ahlul baitku antara masa sekarang dan kemunculan fitnah, pemberian darinya adalah menyeluruh, dia dikatakan bernama Al Saffah'

ULASAN
Al Saffah dikaitkan bersama Al Mansur (Putra Bani Tamim) dan Al Mahdi. Al Saffah mungkin gelaran Al Hasyimi kerana hanya Al Hasyimi yang dikaitkan dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.Al Saffah yang bermaksud si pembunuh sesuai dengan ciri-ciri Al Hasyimi yang disebut dalam hadis-hadis yakni mengamuk, berperang dan memikul pedang di bahunya. Untuk ulangkaji sila baca siri (Al Hasyimi ITRKI).

Tiada ulasan: