BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 26 November 2012

Kejahatan Syiah mencemari nama 12 Imam

Bismillah tawakkaltu 'alallah
Salmullah 'ala thoha rasulillah

Konsep Imam 12 adalah konsep yang terkandung dalam ajaran syiah Imamiah. Dalam konsep ini, 12 imam adalah agung hingga pangkat mereka seperti nabi bahkan tuhan. Konsep Imam 12 telah men'syiah'kan nama mereka. 12 Imam itu ialah

1. Imam Ali Al Murtadha kwj
2. Imam Hassan ra
3. Imam Hussain ra
4. Imam Ali Zainal Abidin rh
5. Imam Muhammad Al Baqir rh
6. Imam Jaafar As Sadiq rh
7. Imam Musa Kazim rh
8. Imam Ali Raza rh
9. Imam Muhammad Taqi rh
10. Imam Ali Naqi rh
11. Imam Hassan Askari rh
12. Imam Muhammad Al Mahdi rh

KESEMUA mereka hakikatnya adalah Sunni dan tidak pernah menganut ajaran Syiah. Sebahagian mereka adalah periwayat hadis yang mahsyur  dalam kitab-kitab sunni. Sebahagia mereka adalah moyang ahlulbait yang masih hidup hari ini. Mereka adalah salafussoleh yang terkenal dengan kealiman dan kezuhudan dalam hidup. Sebahagian mereka disebut sebut dalam qasidah puji pujian oleh ulama sunni yang mencintai Ahlul Bait.

Kita di akhir zaman disogokkan bahawa mereka adalah syiah dan siapa yang menyebut nama mereka adalah syiah. Ini adalah satu kejahatan. Syiah mengetahui mereka adalah Sunni dan mereka beralasan bahawa para imam melakukan Taqiyah. Syiah takut rahsia mereka terbongkar. Sebahagian mereka dibunuh kerana tidak mahu menganut Syiah. Ahlulbait telah diwasiatkan untuk menganut fahaman  Ahli Sunnah Wal Jamaah dan itulah yang dipegang oleh para Sayyid (Keturunan Hussain), para Sharif (keturunan Hassan) dan para Habaib (ahlulbait Hadhralmaut).

Kini nama mereka sudah tercemar oleh syiah. Para ulama' muktabar dahulu bangkit menentang pembohongan Syiah. Namun sejak 100 tahun kebelakangan ini yakni sejak Wahabi berkuasa, nama mereka sudah tercemar teruk. Bahkan Imam Muhammad Al Mahdi rh digelar dajjal oleh umat zaman ini. Tiada siapa yang berani bangkit membersihkan nama mereka. Jika ada yang bangkit maka dituduh Syiah terutamanya oleh puak Wahabi. Wahabi rupanya dicipta untuk membantu Syiah menghinakan dan memusnahkan ahlulbait.

As Sufyani rupanya bermaksud kelompok yang membenci ahlulbait. Tiga As Sufyani yang disebut dalam kitab Nabi Daniel as ialah Syiah, Wahabi dan Pembunuh ahlulbait sedang berlangsung sekarang.

Sekian wallahu a'lam

Tiada ulasan: