BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 21 November 2012

Kelicikan Putra Bani Tamim Ra

bismillahi jabbar
salamullah ala yaasin habibillah



Putra Bani Tamim adalah pemimpin ajaib di zamannya. Perjuangannya adalah perjuangan menjadikan Islam kembali gemilang. Musuh-musuh Allah dan Rasul saw tidak berhenti untuk memushkan segala usahanya. Taktiknya tak mampu dihidu musuh kerana beliau dipandu oleh Rasulullah saw dan Imam Mahdi as. Kerana beliau dipandu dalan setiap usahanya maka beliau adalah al mahdi yakni al mahdi kedua. Al mahdi pertama yakni Imam Mahdi as adalah Al Mahdi Al Muntazar. Jadi Putra Bani Tamim adalah Al Mahdi kedua. Bukankah Al mahdi bermaksud yang mendapat petunjuk. Oleh kerana Putra Bani Tamim mendapat petunjuk cara untuk membuat model Islam diu seluruh dunia maka beliau adalah orang yang layak mendapat gelaran   Al Mahdi. Benarlah hadis menyebutkan " Al Mansur (juga) adalah Al Mahdi"

Putra Bani Tamim mendapat isyarat dari Rasulullah saw dan Imam Mahdi untuk menyelamatkan jemaah yang diamanahkan kepadanya untuk dibangunkan.Musuh berusaha memusnahkan jemaahnya. Jika cara luaran tidak boleh maka dilakukan cara dalaman. Oleh kerana beliau adalah wali Allah yang tahu apa yang tersembunyi beliau menyiapkan pelan utama dan pelan alternatif.

Pelan utama ialah menyiapkan wasilah perempuan yang menjadi pembimbing jemaah sepanjang keghaibannya menemani Imam Mahdi. Jadi Bonda Wasilah menjadi wakil beliau untuk menjadi wakilnya membimbing pembangunan jemaah ke peringkat empayar. Dalam masa yang sama beliau ada pelan alternatif yang rahsia dan yang tidak terlalu rahsia.

Pelan rahsia memanglah rahsia yang tidak akan diketahui sesiapa pun. Pelan alternatif yang tidak berapa rahsia ialah Putra BaniTamim membimbing secara ghaib beberapa orang yang bukan jemaah. Mereka disiapkan untuk menjadi pembela jemaah dari serangan musuh yang menggugat jemaah. Bila jemaah tergugat maka seorang demi seorang akan diutus untuk membela jemaah dan menguatkan keyakinan Ahli jemaah dari digugat musuh.

Begitulah perjuangan akhir zaman yang penuh kelicikan kerana perjuangan akhir zaman bukan berdepan dengan musuh biasa tapi musuh luar biasa yakni raja segala pembohongan Dajjal Laknatullah. Maka para pemimpin perjuangan akhir zaman perlu lebih licik untuk memusnahkan seribu satu kebohongan.

sekian was salamu.

Tiada ulasan: