BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 28 November 2012

Khabar Masa Depan & Mimpi Benar

 

Grandsyeikh Abdullah Faiz Ad-Dagestani rh mengkhabarkan melalui kasyafnya

"Sebelum munculnya Imam Mahdi as akan berlaku peristiwa-peristiwa ini
- Istanbul, Turki dan kawasan sekitarnya yakni laut Marmara akan hancur akibat letusan gunung berapi
- Kaherah, Mesir akan tenggelam dalam banjir besar
- Pulau Cyprus akan tenggelam
- Perang dunia ketiga akan berlaku

ketika perang dunia ketiga inilah kemuncaknya Imam Mahdi akan muncul dan bertakbir hingga semua teknologi tak berfungsi"

Khabar ini mengingatkan sebuah mimpiku sekitar tiga tahun lalu. Ketika itu aku tak tahu akan khabar ini mahupun khabar Tsunami besar yang akan melanda dunia oleh Maulana Syeikh Nazim rh.

"ku lihat Imam Mahdi bersama para pembantunya yang jumlahnya tidak lebih sepuluh orang menuju ke konstantinople. Masing-masing mempunyai senjata canggih yang sukar ku gambarkan. Sekeliling mereka terbakar kesan senjata yang mereka gunakan. Aku mengekori mereka dari belakang. Setibanya di Konstantinople ku dapati kawasan itu sudah tenggelam seolah-olah seluruh dunia ini tenggelam. Tiba-tiba dajjal dikhabarkan sudah muncul. Aku meninggalkan Konstantinople menuju ke benua Amerika yang sudah tenggelam. Sebahagiannya masih belum tenggelam lantas ku bersembunyi di sana di bawah tanah. Dajjal mempunyai perisik ghaib yang memberi khabar kepada Dajjal. Dajjal membuatku menghadapnya dengan menjadikan keluargaku sebagai tawanan. Aku pun menghadap dan Dajjal memaksa aku memakan makanan yang disediakannya namun aku enggan. Sekonyong-konyong aku terjaga"


Tiada ulasan: