BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 1 November 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 9

Saudara yang Hilang

Bangsa Melayu disebut sebut sebagai bangsa yang akan bangkit meninggikan syiar Islam di akhir zaman. Bangsa-bangsa lain akan jadi pembantu sahaja. Dalam siri yang lepas disebutkan tentang kaum dari benua Amerika yang akan memberi bantuan besar kepada imam mahdi yakni kaum asli amerika (selepas ini disebut Amerind) dan bangsa Amerika Latin.

Bangsa Latin akan disebut dalam artikel akan datang atau baca artikel Bangsa Rom. Bab ini akan membincangkan tentang bangsa Amerind. 

Bangsa Akitamerind adalah penduduk terawal di benua 'dunia baru'. Ramai saintis membuat kajian tentang asal-usul mereka. Teori yang diterima oleh majoriti ialah teori hijrah dari Siberia. Menurut teori ini sebahagian penduduk Siberia menemui benua Amerika melalui Alaska.

Kajian oleh Dr. Wallace menggunakan DNA mitokondria mendapati mtDNA bangsa Siberia sediki berbeza dengan mtDNA bangsa Amerind. Beliau mendapati mtDNA bangsa Amerind lebih mirip mtDNA penduduk asia tenggara, kaum malenesia dan polynesia. Beliau membuat hipotesis bahawa penduduk awal asia tenggara berhijrah ke benua Amerika namun hipotesis bagaimana penduduk asia tenggara menemui amerika cuma beliau menggelar penduduk asia tenggara sebagai saudara jauh. 

bangsa amerind pula yakin bahawa mereka mempunyai saudara yang hilang yang mana mereka yakin akan memimpin mereka untuk menyucikan rohaniah mereka dan bersama-sama membina era keemasan. Mereka juga yakin bahawa saudara yanh hilang itu akan mengajar kembali erti kehidupan yang hilang dan cara untuk berkasih sayang setelah semua itu hilang dek arus kemodenan ciptaan Yahudi. Saudara yang hilang itu akan kembalikan kehidupan beragama mereka seperti dahulukala. Kepercayaan mereka terkandung dalam ramalan-ramalan akhir zaman yang diwarisi mereka.

perlu diingat bahawa Islam sudah sampai kepada mereka selewat-lewatnya semasa era Andusia. Mereka menganut Islam selama ratusan tahun sebelum era penjajahan.Sang "mata satu" mungkin tahu rahsia ini sehingga dia mengarahkan para pendokongnya menghapuskan jejak Islam di bumi Amerika.

Kini bangsa Amerind tidak kenal lagi tuhan sebenar. Bila Nabi saw memberitahu jadual Tuhan adakah jadual Tuhan tidak dirancang rapi. 

tugas kita sebenarnya agak berat kerana usaha menghapuskan manusia umumnya dan Islam khususnya berjalan begitu rapi.Islam pasti tertegak walaupun dibenci musuh.

Tiada ulasan: