BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 28 November 2012

Ku malu pada Rasulullah saw

Tuhan, ku malu
kepada paduka
baginda Rasulullah
kerana dosa-dosaku
ku tak sanggup
mengangkat  kepalaku
terus ku tertunduk
penuh malu
nama baginda
sukar ku sebut
ibarat permata
ada di lidahku
kerana malu 
yang teramat
inikah yang dirasa
seorang sahabat
bila terbuat dosa
terus lari 
tak mahu menghadap
bila menghadap
merenung wajah
redup baginda
terus mati akibat
terlampau malu
Tuhan, bagaimana
harus ku hadapi
baginda sedang
diri ini penuh noda
walau ku tahu
baginda sudi
menerima umat
walau besar mana
dosa-dosa mereka
tapi aku malu
malu yang teramat
kerana memalukan
baginda dengan 
dosa-dosaku
oh Tuhan, bagaimana
harus ku hadapinya

Tiada ulasan: