BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 10 November 2012

Pandangan tentang situasi terkini.

As salam

Saya terpanggil untuk membuat ulasan tentang situasi terkini yang berlaku dalam jemaah GISB walaupun saya bukanlah ahli atau anggota GISB

Sejak kebelakangan ini saya mendapati muncul satu kelompok yang menentang Bonda Ummu Jah sebagai wasilah RSA. Bagi mereka Bonda Ummu Jah tak laya mentadbir jemaah kerana banyak kelemahan-kelemahan. Disebut-sebut pula bahawa ahli keluarga lelakilah yang layak memimpin. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada bonda ummu jah.

Apa yang dikesalkan peristiwa ini melibatkan beberapa ahli keluarga Abuya sendiri. Jika yang membuat tohmahan itu orang luar boleh diterima tapi yang berlaku ialah fitnah datang dari dalam jemaah sendiri.

Saya bukanlah orang roh untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya namun saya terpaksa membuat kenyataan ini untuk menyatakn pendirian saya.

Saya dengan penuh rasa malu dan tak layak ingin mengisytiharkan bonda ummu jah dan sesiapa yang setia pada beliau adalah di dalam kebenaran.

Bagaimana saya boleh meyakini begitu. Terlalu lemah untuk saya mengungkapkan tapi inilah hakikatnya bahawa saya sebenarnya telah berhubung secara roh dengan RSA. Bukan baru tapi sejak blog ini dinamakan sebagai blog Ikhwan y Asoib saya sudah berhubung secara roh dengan Abuya. Bahkan sebelum saya berbaiah secara roh dengan Abuya namun perhubungan roh bermula sejak Abuya ghaib.

beberapa hari sesudah Abuya ghaib maka Abuya hadir dalam mimpi saya mewasiatkan sesuatu yang sukar saya fahami. Dalam waktu tertentu Abuya telah hadir dalam mimpi memberitahu sesuatu perkara. Kemudian kemuncaknya Rasulullah saw sendiri hadir dalam mimpi. Setakat ini sudah 6 kali bermimpi jumpa Rasulullah saw terutamanya Ramadhan baru-baru ini lebih kerap yakni 3 kali. Sudah tentu jika bermimpi Rasulullah saw di bulan Ramadhan pasti bukan Syaitan kerana syaitan telah dirantai.

Bukan untuk berbangga bahkan saya berasa malu pada diri sendiri kerana diberikan anugerah itu padahal tidak layak bahkan saya bukanlah orang yang bertaqwa. Sebelum in saya siarkan artikel bertajuk 'Benarkah mimpi ini?' dan tiada jawapan diperoleh hinggga RSA yang beri jawapan melalui sebuah buku tentang cara-cara membuatkan Rasulullah hadir dalam mimpi ditulis oleh Habaib-habaib yang berketurunan baginda rasulullah saw.

Berbalik ke soal bonda ummu jah maka sekitar akhir Ramadhan dan awal Syawal saya dimimpikan melihat satu siri mimpi tentang keluarga Abuya. Pertama melihat putra-putri abuya yang muda-muda yang diantara mereka dipanggil Ikhwan at Tamimi. Kedua melihatSyeikh Fakhrul dan Syeikh N (tak pasti Syeikh Nizam atau Syeikh Nasir) dan terakhir  bermimpi melihat Bonda Ummu Jah berubah rupa menjadi abuya. Lebih kurang seminggu saya menerima khabar bahawa berlaku konflik dalam GISB yang menentang Bonda Ummu Jah.

Oleh kerana saya dilatih menerima mimpi yang benar saya segera memahami apa yang berlaku sebenarnya.

Banyak perkara diberitahu secara mimpi yang benar contoh
1. Tentang kejadian bersih
2. Tentang terlepasnya Dajjal
3. Tentang bencana yang bakal melanda Amerika Syarikat baru baru ini (taufan sandy)

Bukan hendak ceritakan kelebihan diri. Moga-moga dijauhkan dari rasa riak, ujub, sombong dan takbur.

Tujuan saya cuma satu untuk menyatakan pendirian tentang siapakah yang benar samada Bonda wasilah atau penentang beliau.

sekian ampun maaf buat RSA moga RSA tidak murka dengan kenyataan ini dan moga-moga begitulah

Tiada ulasan: