BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 25 November 2012

Panji-panji Al Mahdi dari Barat

Dalam kitab Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi Rh meriwayatka

Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning. Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya

Dalam Mukhtasar Ad Tadzkirah Al Qurthubi As Sya'rani meriwayatkan

Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat. Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan

Ulasan:

Sayyidina Mahdi as mempunyai dua divisyen tentera dilambangkan oleh panji-panjinya yakni panji hitam dari timur dan panji putih-kuning dari barat. Pasukan panji hitam sudah diketahui ramai sebagai pasukan tentera utama beliau. Disamping itu Sayyidina Mahdi as mempunyai pasukan tentera bantuan yakni pasukan panji dari barat. Ramainya pasukan ini dikatakan membentuk benteng sejauh 40 batu. Pasukan dari barat ini akan bersatu dengan pasukan panji hitam dari timur yang mahsyur itu. Panji-panjinya dikatakan terdapat nombor dan nama Allah swt.

Tiada ulasan: