BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 13 November 2012

Pemimpin yang dijanjikan

as salam

sholatu 'alan nabiyy

Dunia ini tak pernah lekang dari kedatangan orang-orang terpilih yang dijanjikan Allah. Sejak Nabi Adam as hingga akhir zaman pasti Allah mengutuskan orang-orang yang dikhabarkan menjadi pemimpin manusia kepada kebenaran.

Allah memberi isyarat kepada hamba-hambanya yang tertentu akan kelahiran insan istimewa.

Antara figure utama yang diperkatakan sejak Adam as diutus ialah kelahiran figure  yang lahir di akhir zaman yakni baginda sebagai utusan terakhir yang diutus untuk semua makhluk. Berita itu diturunkan secara turun temurun akan kelahiran Nabi Akhir Zaman dan yang terakhir mengkhabarkan perihal itu ialah Nabi Isa as. Kelahiran Nabi Akhir Zaman diiring kelahiran 4 figure yang bakal membantu baginda. Disebutkan ciri-ciri nabi akhir zaman dan para pembantunya terutamanya 4 figure utama tadi.

Maka bila tiba masanya maka bangkitlah nabi akhir zaman itu yakni  Sayyidina Muhammad Bin Abdullah saw

Baginda diiringi 4 sahabat utama yakni
- Sayyidina Abu Bakar ra
- Sayyidina Umar ra
- Sayyidina Usman ra
- Sayyidina Ali kwj

Setelah diutuskan, baginda rasulullah saw telah mengkhabarkan kelahiran 4 figure lagi yang akan mengembalikan kegemilangan Islam sebagai mana baginda lakukannya. Disebutkan juga sifat-sifat para pembantu mereka. 4 figure yang disebut-sebut baginda rasulullah saw ialah

- Sayyidina Imam al Mahdi as
- Sayyidina Fata at Tamimi ra
- Sayyidina Haris al Harras ra
- Sayyidina Fata al Hasyimi ra

mereka adalah  4 figure utama yang terlibat dalam kebangkitan Islam. Ciri-ciri mereka sudah disebut rasulullah saw.

2 figure dikenalpasti iaitu
- Sayidi Syeikh Suhaimi Rh sebagai Sayyidina Imam Mahdi as
- Abuya Ashaari Rh sebagai Sayyidina Fata at Tamimi ra

2 figure masih belum muncul di khalayak umum namun mereka sudah berperanan tanpa disedari sesiapa pun. Yang pasti mereka bukan dilantik oleh manusia tetapi Allah dan Rasul yang mengutuskan mereka demi mengembalikan agama Islam kepada kemuliaan.

insyaallah masa sudah hampir tiba dan tiada siapa dapat menghalang.

sekian wa salamu

Tiada ulasan: