BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 14 November 2012

Perutusan Awal Muharram 1434 H

Bismillahi malikul quddus
As salamu alan nabiyy

Kesejahteraan buat semua pembaca. sekarang kita berada di awal 1434H. Ini bermakna kita sedang menuju penghujung awal kurun secara zahirnya. Nampaknya sudah 1424 tahun baginda saw berhijrah ke alam roh memimpin kita dari sana.

Saban tahun semua baik orang awam mahupun aulia Allah menunggu kedatangan Sayyidina Imamul Mahdi as namun saat yang ditunggu-tunggu masih belum kunjung tiba. Jangan-jangan benar apa yang disebut hadis "Imam Mahdi muncul di pertengahan kurun manakala Nabi Isa turun di akhir zaman"

Buat yang menunggu diharap tidak berputus asa menunggu kemunculan sayyidina Mahdi as kerana masih belum masanya Allah izinkan beliau muncul. Moga-moga kita masih hidup ketika beliau as muncul.

Sempena awal muharram in marilah kita hayati satu makna hijrah versi moden iaitu "Hijrah diri dari menjadi orang akal ke orang roh"

Hari ini majoriti umat islam telah meninggalkan tassawuf yakni kaedah menjadikan diri sebagai orang roh. Manusia tersekat dalam kehidupan berasaskan akidah dan syariat semata-mata yang mana pokok ajaran Islam ini dipelajari secara akal. Bidang tassauf yang menghidupkan roh ditinggalkan.

Umat Islam berlumba-lumba belajar dengan guru ini dan itu, kitab ini dan kitab itu, pusat pengajian ini dan itu. Ramai orang berbangga menjadi penghafal AlQuran, penghafal hadis,penghafal kitab ulama' sekian. Namun tidak ramai yang mencari guru muryid yang mendidik roh. Guru roh ditinggalkan manakala guru akal dicari.

ramai menyangka dengan belajar sebanyak mana ilmu mereka akan menjadi mulia. Tapi itu pandangan yang silap. Allah mahu kita menjadi orang roh yang akan kenal Allah dengan hatinya. Allah adalah perbendaharaan yang tersembunyi dan Dia mahu dikenali. Hanya hati mampu mengenal Allah.

Akal cuma mampu tahu Allah tapi hati/roh mampu kenal Allah. Bila kita kenal Allah, Allah akan anugerahkan perbendaharaan ilmuNya kepada kita. Ilmu yang diterima melalui hati ibarat harta karun yang tidak terhingga banyaknya dan tidak akan putus. selembar ilmu yang diterima oleh hati/roh itu lebih baik dari seluruh kitab ilmu akal yang ada di bumi.

Menjadi orang roh adalah lebih baik dari menjadi orang akal. Roh tiada kapasiti sedangkan akal ada kapasiti. Menjadi orang roh menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat sedangkan tiada jaminan itu bagi orang akal.

Hari ini bila disebut roh orang kata sesat sedangkan roh adalah hakikat diri kita. jasad dan akal akan musnah sedangkan roh tidak.

Alangkah berjayanya Iblis laknatullah menghina anak cucu Adam yang hidup pada hari ini. Manusia disiapkan untuk terpenjara dengan akal supaya bila Dajjal laknatullah tiba maka tiada yang selamat.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa segala hal baik yang kecil mahupun yang besar adalah fitnah dajjal. Jika kita selamat dari fitnah sebelum dajjal muncul maka ketika kemunculannya nanti kita akan selamat. Hanya satu saja jalan selamat yakni mencari mursyid yang boleh mebndidik kita mebjadi orang roh dan hanya orang roh yang dapat selamat dari fitnah dajjal laknatullah.

seruan sempena tahun baru hijrah inu marilah kita bersama-sama berusaha menjadi orang roh dan berhijrahlah dari menjadi orang akal menjadi orang roh.

Para aulia Allah telah melihat penduduk hujung timur dan penduduk hujung barat mempunyai keimanan yang kuat dan kepercayaan terhadap roh yang mendalam. Para aulia melihat dengan kasyaf mereka keberkahan melimpahi seluruh nusantara dan benua amerika selatan. Keimanan in sukar dilihat di tempat lain.

Demi Allah ku doakan agar keberkahan yang melimpahi nusantara ini membuatkan penduduknya kembali ke ajaran islam yang sebenar yang menitikberatkan soal roh manakala doaku buat penduduk benua amerika latin, agar mereka semuanya memeluk Islam dengan berkat yang melimpahi mereka dan kita semua diizinkan mengikut Sayyidina Mahdi as.

Sekian was salamu.

Tiada ulasan: