BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 13 November 2012

Singa si Petani

As salam

Singa si petani. Tajuk yang pelik tapi adalah satu od rahsia perlu dipecahkan umat akhir zaman.

Hadis menyebut:
"akan keluar seorang lelaki dari negeri belakang sungai yang dikenali sebagai Singa si Petani. Dihadapannya adalah Si Penolong"

pernah dengar hadis ni? bunyinya macam sudah biasa di dengar bukan tapi di mana ya?

sebenarnya perkataan Singa si Petani  adalah terjemahan harfiah kepada Hari al Harras.

sebenarnya ada kod rahsia di sebalik nama Haris atau 'Singa' itu.

Singa mempunyai pelbagai makna menurut pelbagai tradisi. Biasanya Singa dikaitkan dengan keberanian, ketegasan, sifat diraja dan bagi yang tahu sejarah bani israel singa adalah simbol pelindung.

kenapa dikatakan sebagai pelindung? kisahnya berbalik kepada zaman Nabi Daniel as dimana raja Babylon yg zalim menghukum Nabi Daniel dengan mengurung baginda as bersama sekor singa. Namun singa itu kemudiannya menjadi pelindung Nabi Daniel as.

Maka dari kisah itu Yahudi menjadikan singa sebagai simbol pelindung. Kononnya Temple of Solomon di letakkan patung singa di pintu masuknya untuk menunjukkan bahawa tempat tersebut dilindungi.

Berbalik kepada makna Haris tadi salah satu maksudnya ialah pelindung. Apa yang Sayyidina Haris lindungi?

Dalam satu manuskrip lama yang ditemui di sebuah daerah di Indonesia tersebut kisah seorang lelaki yang rumahnya di belakang sungai. Kerjanya mengembala namun bukan haiwan tetapi rahsia-rahsia sejarah yang tertanam. Beliau menemui rahsia-rahsia sejarah dan menyimpannya.

Dikatakan dalam manuskrip itu, lelaki yang tinggal di belakang sungai kerjanya mencari benda-benda bersejarah yang tertanam lantas menyimpam dan melindunginya. Dari jauh orang menyangka beliau adalah petani. Ya beliau mendapat gelaran Haris al Harras kerana itu.

Menurut abuya kerja Sayidina Haris adalah menjadi jurupandu Imam Mahdi. Kenapa Sayidi perlu jurupandu padahal beliau pernah mengembara ke Tanah Arab bahkan Waliyullah biasa mengembara ke mana-mana yang dikehendaki.

Dalam hadis ada disebut Imam mahdi akan mengeluarkan pelbagai khazanah tersembunyiantaranya pedang zulfikar, taurat yang asli dan tabut bani israel.

Jadi makna jurupandu di sini ialah Sayidina  Haris akan menunjukkan dimana tersembunyinya khazanah yang hilang kerana ini kemahiran beliau.

Jadi sebab itulah kenapa Sayidina Haris tidak dibenarkan ditemui buat masa sekarang kerana jika musuh tahu maka segala rahsia sejarah akan mereka curi dan imam mahdi tidak akan mengeluarkan khazanah tersebut.

sekian was salamu

Tiada ulasan: