BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 9 November 2012

Sirah Rasul Perlu Nafas Baru

As salam.

sempena hari jumaat yang mulia ini ada sesuatu yang perlu dikongsi bersama.

"Sirah Rasul saw Perlu Nafas Baru"

Sirah rasulullah saw adalah subjek paling wajib dipelajari umat Islam sesudah Al-Quran, akidah dan Ibadat. Tanpa sirah kita tak dapat kenal nabi kita.

Sirah yang tertulis dalam mana-mana buku hari ini tidak terkandung roh penghayatan untuk cintakan dan rindukan rasulullah saw. Kita hanya tahu riwayat atau perjalanan hidup baginda namun kita tak mampu menghayati akhlak baginda, kasih sayang baginda bahkan jauh sekali membuatkan kita cintakan dan rindukan baginda.

jadi hari ini, bila belajar sirah kita macam belajar sejarah kalau lebih baik pun seperti membaca buku cerita. Bukan semua mampu memahami dengan penghayatan sirah sebegitu. Boleh jadi menimbulkan salah faham pula.

itulah realiti hari ini. Belajar sirah tapi tak cintakan dan rindukan Rasul. Kita kenal nabi macam kita kenal seorang kenalan. Paling baik pun seperti kawan baik. Kita tak kenal nabi macam kita kenal diri sendiri. kita tk mampu menghayati perasaan nabi. Jika kita baca tentang penderitaan nabi kita tak rasa derita. Kita baca kegembiraan nabi kita tak rasa gembira.

kalau kita tahu bahawa nabi sangat kenal kita umatnya. Sakit kita adalah sakit baginda. derita kita adalah derita baginda. Gembira kita adalah gembira baginda. Tapi kita tak mampu berperasaan seperti baginda. ada kisah baginda menangis setiap malam mengenangkan kita bahkan setiap nama kita disebut dalam doa baginda.

hendakkan penghayatan perlu ada contoh realiti. kerana Rahmat Allah dikurniakan tokoh-tokoh yang membayangi Nabi. Ada tokoh bergelar mujaddid, ada tokoh bertaraf wali dan untuk akhir zaman Allah kurniakan 4 tokoh yang mengulangi sirah nabi diantara mereka adalah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.

Jika tak bertemu tokoh kehidupan seharian membantu kita menghayati perasaan Nabi. Jika kita accident sampai patah gigi, koyak kulit, patah tulang maka cuba kita bayangkan bahawa sepertimana derita akibat accident begitulah derita baginda nabi dan para sahabat semasa perang.

Jika dalam kehidupan seharian orang selalu memandang serong atau mencemuh kita maka kita rasakan begitulah rasa ketika nabi dan para sahabat dicemu, dihina lebih teruk dilempari najis.

jika kita menerima berita gembira, begitulah rasa baginda menerima berita gembira. Jika kita terima berita sedih, begitulah rasa sedih baginda nabi. Jika orang tersayang meninggalkan kita, begitulah yang baginda rasa bila orang tersayang wafat.

Tapi, itu hanya secebis dari perjalanan hidup baginda yang kita mampu hayati perasaan baginda namun itu pun sudah cukup bagus dibandingkan tiada apa-apa perasaan semasa membaca sirah baginda.

bagi yang bermursyid maka mursyid adalah bayangan baginda nabi. Mursyid yang saya maksudkan adalah dari tarekat-tarekat yang haq. Oleh itu marilah kita mulakan dari sekarang mengenali nabi seperti kita mengenali diri sendiri. memahami baginda seperti kita memahami diri sendiri.

Nota: tatkala baginda menerima wahyu pertama dari malaikat jibril as,  baginda mengungkapkan kalimat "aku tidak boleh membaca"

kalimat ini melambangkan sifat tawaduk seolah-olah baginda menjawab kepada malaikat jibri as begini "bagaimana Tuhan lantik ku menjadi rasul padahal aku bukanlah termasuk dalam kalangan cendikiawan"

apabila malaikat jibril memeluk baginda nabi tujuannya supaya baginda tunduk atas lantikan Allah dan menerima pelantikan tersebut dengan redha.


Tiada ulasan: