BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 5 Disember 2012

Dakyah Yahudi untuk meruntuhkan Dome of the Rock

Bismillahi al Qahhar al Jabbar
Salamun 'alaik Ya Rasulallah

Hari ini sikap umat terhadap Masjidil Aqsa sangat menyedihkan. Mereka sibuk memperkatakan percubaan Yahudi meruntuhkan Masjidil Aqsa namun tidak berusaha mengenali Masjidil Aqsa.

Dengan semangat berkobar-kobar maka disebarkah khabar angin bahawa Dome of The Rock bukan Masjidil Aqsa sebaliknya ciptaan Yahudi untuk mengelirukan umat Islam. Lantas disebarkan gambar-gambar membezakan kubah emas (Dome of the Rock) dengan kubah hijau kebiruan (Masjid Al Aqsa Al Marwani)

Maka ramailah yang berjaya ditunggang Yahudi atas kejahilan diri mereka sendiri. Umat Islam penuh sombong mengatakan orang palestin yang selalu menjadikan Dome of the Rock sebagai simbol Masjidil Aqsa adalah jahil.

Saya lontarkan satu soalan, siapakah yang jahil? Penduduk Palestin yang hidup matinya adalah untuk membebaskan Masjidil Aqsa atau orang Islam di tempat lain yang melihat dari jauh?

Sikap bodoh sombong ini terbawa-bawa hingga mereka menyangka orang lain jahil sedangkan merekalah yang jahil tentang Masjidil Aqsa.

Ulama'-ulama' Palestin telah menfatwakan seluruh halaman di atas bukit Moria yang digelar Haram as-syarif adalah Masjidil Aqsa. Segala yang ada di atasnya termasuk Dome of the Rock adalah Masjidil Aqsa.

Dome of the Rock yang berada di pusat Haram as-syarif adalah bangunan yang paling menonjol dan trademark bagi Haram as-syarif seperti Kaabah menjadi trademark Masjidil Haram. Oleh kerana itu Dome of the Rock menjadi simbol Masjidil Aqsa.

Yahudi sebenarnya mahu orang Islam membenci Dome of The Rock supaya mudah mereka menghapuskan Dome of The Rock bagi membina kuil impian mereka.

Jika Dome of the Rock dicipta Yahudi, buat apa mereka membina bangunan semegah itu padahal mereka boleh membina kuil mereka dengan mudah di atas tapak Dome of The Rock.

Saya menyeru umat Islam supaya MENGHENTIKAN sebaran dakyah Dome of The Rock bukan Masjidil Aqsa. Jika tidak Allah akan menyoal kalian di akhirat nanti atas fitnah kalian ke atas rumah suciNya. HENTIKAN dan pelajarilah sejarah Masjidil Aqsa dalam Islam. Jangan diikut khabar angin yang sengaja Yahudi cipta bagi menunggang kita atas kejahilan kita sendiri.

Sekian

Tiada ulasan: