BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 9 Disember 2012

Kisah Pembinaan Baitul Maqdis

Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Daud as untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai masjid. Maka Nabi Daud as pun memulakan binaan ini namun baginda telah wafat sebelum sempurna menyiapkan binaan masjid ini. Baginda mewasiatkan kepada putera baginda untuk menyambung tugas-tugas binaab ini. Puteranya ialah Nabi Sulaiman as.

Maka menghimpunlah oleh Nabi Sulaiman as semua manusia dan jin di bawah jajahannya. Baginda telah membahagikan di antara jin dan manusia kerja-kerja binaan seperti dinding, bumbung dan lantai marmar.

Kemudian baginda menjadikan 12 tali pengikat untuk pembinaan tersebut. Baginda telah menetapkan bagi setiap kabilah satu tali pengikat. Baginda telah memerintahkan jin supaya mendatangkan ketulan-ketulan emas, perak, dan batu marmar yang bewarna-warni. Juga ketulan-ketulan besi, tembaga, kayu dan sebagainya.

Kemudian baginda menjadikan ditengah-tengah masjid ini kubah yang dibuat dari tiang emas. Ianya bersinar-sinar seperti pancaran cahaya matahari menerangi perjalanan para musafir di waktu malam. Di bawahnya dibina sebuah kandang untuk belaan kuda dan binatang yang jinak.

Nabi Sulaiman as telah menjadikan panjang masjid tersebut sejarak 700 hasta dan lebarnya sepanjang 450 hasta. Bumbungnya dibina daripada kayu mahal dan permukaannya adalah emas dan perak. Juga diletakkan padanya permata dan. yaqut yang diambil daripada setiap bumi di dunia ini.

Baginda menjadikan tulang belikat di atas bumbung ini daripada timah hitam bagi mengelakkan titisan hujan masuk ke dalamnya. Juga dihamparkan di atas buminya batu-batu marmar yang bewarna-warni mewarnai lantai masjid ini.

Setelah selesai binaan agung tersebut Nabi Sulaiman as membuat majlis besar-besaran kepada seluruh tenteranya meraikan kesungguhan mereka melaksanakan satu perintah Allah swt ini.

Nabi Sulaiman as telah mengambil masa untuk menyiapkan binaan tersebut selama 40 tahun. Baginda telah menggunakan. 70 orang tukang bina dan 80 000 orang pengukir. Adalah setiap malam baginda memerlukan 1 gantang Damsyik/12 tahil Mesir minyak untuk menghidupkan lampu-lampu di sekitar masjid tersebut.

Dikatakan bahawa dibawa ke masjid ini emas dan perak sebanyak 600 qintar/100 kati daripada negara Rom.

Tiada ulasan: