BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 1 Disember 2012

Malhamah Kubra sudah Hampir

Dengan nama Allah yang maha Mengetahui lagi maha Pemberi Kurnia

Selawat dan salam buat junjungan kita paduka baginda nur Muhammad saw.
   



Paduka baginda Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya:
Kemakmuran (dalam riwayat lain pembangunan) Baitul Maqdis menandakan kehancuran Yathrib (Madinah). Kehancuran Yathrib menandakan peperangan besar (Malhamah Kubra). Peperangan besar menandakan penaklukab Konstantinople. Penaklukan Konstantinople menandakan keluarnya Dajjal

Hadis yang diungkapkan lisan baginda yang mulia ini sering disalah tafsirkan terutamanya tentang kemakmuran Baitul Maqdis.

Ramai ulama' mahupun para pengkaji mengatakan kemakmuran Baitul Maqdis ialah ramainya pendatang yahudi ke baitul maqdis di Israel. Tafsiran ini tak mampu diterima roh mana-mana individu muslim. Bagaimana Nabi saw khabarkan tentang kedatangan musuhnya seola-olah meraikan musuhnya yang akan memakmurkan Masjid Allah. Tafsiran orang roh yang diilhamkan kepada saya ialah akan tiba suatu masa Baitul maqdis kembali ke tangan umat Islam dan umat Islam akan memakmurkan masjid Allah itu.

Kini Kerajaan Roh membuktikan kebenaran sabda baginda saw bahawa Baitul Maqdis akan kembali ke tangan umat islam sebelum kemunculan Imam Mahdi.

Jika dibaca perjalanan kebangkitan dari hujung Timur dalam siri Al Hasyimi ITRKI ada tersebut pasukan panji hitam kalah. Fata At Tamimi bersembunyi di Baitul Maqdis manakala Jemaah Fata At Tamimi diserahkan kepada Fata Al Hasyimi. Pesan Fata At Tamimi Imam Mahdi akan muncul sesudah kehancuran Madinah (akibat serangan As Sufyani di Musim Haji). Fata Al Hasyimi bersama jemaah akan menjemput Imam Mahdi yang dibaiat di antara rukun dan makam. Imam Mahdi, Fata Al Hasyimi, dan Jemaah serta para pendokong Imam Mahdi akan menuju ke Baitul Maqdis yang akan disambut oleh Fata At Tamimi. Ketika itu Baitul Maqdis dibebaskan sepenuhnya dari Yahudi (sekarang Yahudi masih ada sedikit kuasa ke atas Baitul Maqdis)

Kini kerajaan roh sedang menjayakan jadual Allah dan Islam kini tak akan kalah-kalah lagi.Bilamana Imam Mahdi menguasai Baitul Maqdis maka orang Kristian akan berdamai dengan orang Islam. Namun puak Kristian dihasut untuk memerangi Imam Mahdi lantas berlakulah peperangan besar yakni Malhamah Kubra atau Armageddon. Imam Mahdi menang lantas menuju ke Konstantinople. Peperangan memakan masa dalam 6 bulan/tahun dimana Dajjal laknatulah akan muncul di bulan/tahun ketujuh.

Apa yang berlaku sekarang menandakan bahawa kita bakal menghadapi peristiwa Maha Besar pada masa akan datang.

sekian Wallahu a'lam

Tiada ulasan: