BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 30 November 2012

Penubuhan Palestin bukti Kerajaan Roh berperanan

Dengan nama Allah yang Maha Merajai lagi Maha Suci
Sanjungan kesejahteraan buat paduka baginda Rasullah saw

Selamat sejahtera buat semua.
29 November 2012 adalah tarikh keramat. Dunia sedang meraikan penubuhan Palestin. Dikatakan hanya 9 negara membantah dan 41 negara berkecuali. Kini tertubuhnya palestin tanda hampirnya muncul Imam Mahdi seperti yang telah tersusun dalam jadual Allah. Rupanya kerajaan Roh yang membuatkan sesuatu yang sebelum ini mustahil menjadi realiti. Seperti yang tertulis dalam artikel 'Kita berada di era Pemerintahan Roh' telah disebutkan Imam mahdi akan membebaskan Palestin tanpa perang dan kini sedang menjadi kenyataan.


Ini Bermakna sudah tiba masanya kerajaan Roh melakukan daulah di Malaysia yang pastinya akan membuatkan  Yahudi bungkam kerana Kerajaan Roh sedang menjadikan jadual Allah realiti sesudah Yahudi cuba menghalang dengan sejuta satu cara.


Kerajaan Roh sedang isytiharkan bahawa dunia sekarang berada dalam pemerintahan Roh. Abuya dan Sayidi pula akan muncul tidak lama saja lagi.



AWAS, website anda dipantau musuh Allah!

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Sanjungan sejahtera buat paduka baginda Nur Muhammad saw

Salam

Semasa pencarian di internet saya menemui sebuah website  yang menghina dan menfitnah Maulana Syeikh Nazim.

klik website fitnah

Dalam website itu mereka menfitnah Maulana menipu tentang Imam mahdi. Disertakan gambar Imam mahdi dan para wazir.




Bila klik rujukan didapati rujukannya adalah website sahabat kita Buletin Warga Daulah

Nampaknya musuh Allah sedang memantau kita. jadi berhati-hatilah.

Sekian wallahu 'alam

Khamis, 29 November 2012

Kuil Dajjal sudah dibangunkan

Ku mulai tulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf lagi Maha Penerima Taubat

Sanjungan Sejahtera keatas paduka baginda Nabi Muhammad Al Mustafa saw

 
Yahudi Laknatullah sangat menunggu-nunggu Moshaikh mereka yakni Dajjal Laknatullah yang akan membuatkan mereka berkuasa di dunia. Salah satu persiapan mereka adalah dengan membina kuil khusus untuk penyembahan manusia terhadap dajjal. Kuil ini akan jadi kiblat manusia bila dajjal keluar nanti. Kita hari ini dimaklumkan bahawa kuil ini akan dibina diatas keruntuhan masjidil Aqsa. Itulah yang digembar-gemburkan. Namun hakikatnya Yahudi tahu paduka baginda Rasulullah saw telah khabarkan Dajjal tak akan masuk ke 4 masjid yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa dan Masjid At Thur.

Kerana Yahudi berkeyakinan bahawa kuil Dajjal tidak akan dibina di bukit Moria tempat berdirinya Masjidil Aqsa tetapi di sebuah padang pasir yang telah tersebut dalam Kitab mereka maka mereka telah memilih sebuah tempat di padang pasir untuk mendirikan kuil itu.Pembinaan dimulakan sejak akhir 2009 dan kini telah siap sepenuhnya. Para elit menipu dengan mengatakan kuil itu cuma replika. Replika sebesar kuil sebenar. Yahudi memperbodohkan bangsa sendiri. Hanya segelintir yang sedar akan hal ini.

Tempat pembinaan kuil dajjal adalah tempat terahsia. Namanya Mitzpe Yericho terletalk antara Jerusalem dan Jericho. Para kohanim dan levites sedang berlatih upacara penyembahan dajjal di sini. Carian melalui Google map kita tak akan jumpa tempat ini. Bahkan sedikit gambar menunjukkan suasana bandar yang sedang dibina di Mitzpe Yerichoi. Mereka sedang membangunkan New Jerusalem sebagai persiapan kepada Mosyaikh mereka. Kemuncaknya jika mereka berjaya meruntuhkan Masjidil Aqsa, perhatian dunia akan dialih kepada New Jerusalem dan keruntuhan Old Jerusalem akan dirahsiakan dari pengetahuan umum.


Sekian Wallahu a'lam

Rabu, 28 November 2012

Bersajak adalah sunnah orang Tuhan

Bismillahi ar rahman ar rahim
solatullah salamullah ala Yasin Habibillah

 

Bersajak adalah seni menyampaikan rasa hati. Kadang kadang sajak mengandungi ilmu pengetahuan. Bersajak adalah sunnah rasululah saw, para sahabat, para salafus soleh dan para aulia sekalian. Rasulullah saw dilahirkan ditengah-tengah kaum yang hebat bersajak. Allah bekalkan Al-Quran yang sehebat-hebat sajak sepanjang zaman. Walaupun Al-Quran bukan diturunkan sebagi sajak tapi sebi bahasanya menandingi segala sajak sepanjang zaman. Rasulullah dituduh sebagai penyair dan penyihir. Ini menunjukkan seni penyampaian Al-Quran Rasulullah saw yang hebat. Para sahabat turut bersenandung sajak sebagai luahan hati mereka. Siti Aisyah pernah bersajak kerana bersedih saat bapanya Sayyidina Abu Bakar sedang nazak.

Para salafussoleh bersajak juga. Begitu juga para aulia Allah. Maulid dan qasdiah memuji Nabi saw adalah sajak. Para salafussoleh dan para wali Allah kadang-kadang menyelitkan sajak dalam kitab-kitab mereka. Mereka bersenandung sajak-sajak pujian kepada Allah, Rasulullah dan ahlulbait. Kadang-kadang mereka bersajak untuk meluahkan rasa hati. Rabiatul Adawiyah bersenandung sajak dituju kepada Allah tentang amalnya. Qasidah burdah oleh Imam Busiri rh adalah sajak yang dicipta dengan bantuan Rasulullah saw.

Sajak-sajak orang-orang soleh itu kekal hingga hari ini. Dari sajak-sajak ini muncul nasyid-nasyid. Nasyid ialah sajak yang dilagukan mengikut irama semasa. Maulid-maulid dibacakan saban tahun yang merupakan sajak. Di akhir zaman, Abuya adalah orang yang mempopularkan semula sunnah bersajak ini. Yahudi menipu umat Islam kononnya sajak adalah milik Yahudi. Penyajak barat seperti Shakespeare di agungkan. Bila Abuya bersajak, ulama moden menuduh sesat, bidaah padahal itulah sunnah orang-orang yang terdahulu.

Mengikut sunnah Abuya adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Sunnah Rasulullah saw adalah bersajak. Bonda ummu Jah adalah orang yang paling faham Abuya juga bersajak. Bersajak menggambarkan rasa hati. Hati yang bergelora dengan rasa cinta dan takut Allah, cinta dan rindu rasul tidak ada ubatnya kecuali dengan bersajak. Marilah kita hidupkan dan kembalikan sunnah bersajak yang dirampas oleh Yahudi. Yahudi menjadikan sajak yang dimasukkan sihir dajjal melalui lagu-lagu untuk membuatkan manusia lupa pada Allah dan Rasul. Untuk menentang mereka kita perlu hidupkan sunnah bersajak yang diubah menjadi nasyid-nasyid yang mengingatkan kita kepada Allah dan Rasul.

Ular kembali ke sarangnya (update)

Bismillahi al afuww as syakur
salamunalaik ya mustofa thoha rasulillah


Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Iman akan kembali ke Madinah sepertimana ular kembali ke sarangnya"

Jadi nak tahu bagaimana ular kembali perlu tahu bagaimana ular keluar dari sarangnya.

Nak tahu bagaimabna Iman kembali ke Madinah maka perlu tahu bagaimana Iman keluar dari Madinah.

Islam bertapak kukuh di Madinah lantas tertubuhnya Daulah pertama. Setelah 9 tahun, kota Mekah dibebaskan dari jahiliyah. Dari Haramain Islam tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Kemudian Syam ditawan. Sesudah Syam ditawan maka barulah pejuang berpecah kepada dua. Divisyen timur bergerak ke Timur dengan menumpaskan Parsi dan Iraq kemudian bergerak ke India dan Khurasan. Dari Khurasan bergerak ke China. Dari China dan India bergerak ke Nusantara.

Divisyen barat menumpaskan Rom dengan menawan benua Afrika diikuti penawanan Andalusia. Dari Andalusia dan Afrika, satu divisyen pejuang bergerak ke benua Amerika. Manakala satu Divisyen lain menakluk Konstantinople dan Turki.

Begitu serba sedikit tentang penyebaran Islam dari Madinah.

Namun tentera Dajjal laknatullah telah menghapuskan dunia Islam. Dajjal menghantar tenteranya menawan Andalusia membentuk kerajaan eropah. Dari eropah terbahagi kepada tiga divisyen. Divisyen barat, mereka menawan Afrika dan seterusnya benua Amerika seterusnya ke Nusantara Divisyen timur bergerak ke India dan Khurasan. Dari Khurasan terus menawan China. Dari India dan China pergi ke Nusantara.

Divisyen tengah, Dari eropah menawan Turki seterusnya Syam, Parsi dan Iraq dan dari ketiga-tiganya menawan jazirah Arab.

Pola yang agak serupa. Jadi Rasanya boleh agak bagaimana pola perjuangan Imam Mahdi semasa era peperangan nanti.

Khabar Masa Depan & Mimpi Benar

 

Grandsyeikh Abdullah Faiz Ad-Dagestani rh mengkhabarkan melalui kasyafnya

"Sebelum munculnya Imam Mahdi as akan berlaku peristiwa-peristiwa ini
- Istanbul, Turki dan kawasan sekitarnya yakni laut Marmara akan hancur akibat letusan gunung berapi
- Kaherah, Mesir akan tenggelam dalam banjir besar
- Pulau Cyprus akan tenggelam
- Perang dunia ketiga akan berlaku

ketika perang dunia ketiga inilah kemuncaknya Imam Mahdi akan muncul dan bertakbir hingga semua teknologi tak berfungsi"

Khabar ini mengingatkan sebuah mimpiku sekitar tiga tahun lalu. Ketika itu aku tak tahu akan khabar ini mahupun khabar Tsunami besar yang akan melanda dunia oleh Maulana Syeikh Nazim rh.

"ku lihat Imam Mahdi bersama para pembantunya yang jumlahnya tidak lebih sepuluh orang menuju ke konstantinople. Masing-masing mempunyai senjata canggih yang sukar ku gambarkan. Sekeliling mereka terbakar kesan senjata yang mereka gunakan. Aku mengekori mereka dari belakang. Setibanya di Konstantinople ku dapati kawasan itu sudah tenggelam seolah-olah seluruh dunia ini tenggelam. Tiba-tiba dajjal dikhabarkan sudah muncul. Aku meninggalkan Konstantinople menuju ke benua Amerika yang sudah tenggelam. Sebahagiannya masih belum tenggelam lantas ku bersembunyi di sana di bawah tanah. Dajjal mempunyai perisik ghaib yang memberi khabar kepada Dajjal. Dajjal membuatku menghadapnya dengan menjadikan keluargaku sebagai tawanan. Aku pun menghadap dan Dajjal memaksa aku memakan makanan yang disediakannya namun aku enggan. Sekonyong-konyong aku terjaga"


Ku malu pada Rasulullah saw

Tuhan, ku malu
kepada paduka
baginda Rasulullah
kerana dosa-dosaku
ku tak sanggup
mengangkat  kepalaku
terus ku tertunduk
penuh malu
nama baginda
sukar ku sebut
ibarat permata
ada di lidahku
kerana malu 
yang teramat
inikah yang dirasa
seorang sahabat
bila terbuat dosa
terus lari 
tak mahu menghadap
bila menghadap
merenung wajah
redup baginda
terus mati akibat
terlampau malu
Tuhan, bagaimana
harus ku hadapi
baginda sedang
diri ini penuh noda
walau ku tahu
baginda sudi
menerima umat
walau besar mana
dosa-dosa mereka
tapi aku malu
malu yang teramat
kerana memalukan
baginda dengan 
dosa-dosaku
oh Tuhan, bagaimana
harus ku hadapinya

Angin Islam di Hujung Barat

Bismillahi al ghaffar as sabur
Assalamualaik zainal anbiya




Dalam pencarian internet ku jumpa perkara yang tak ku sangka di negara yang kuat agama Kristiannya yakni Chile. Masyarakat di sana berlumba-lumba untuk Industri makanan Halal. Agak pelik untuk sebuah negara kristian. Mungkinkah angin Islam sedang ditiup ke dalam hati masyarakat sana oleh kerajaan roh. Mungkin mereka golongan yang akan membawa panji al mahdi dari hujung barat? Mungkinkan mereka termasuk dalam jadual Allah?

Wallahu a'lam


Selasa, 27 November 2012

Design Masjid Nabawi baru ada unsur freemason

  
    
Design Masjid Nabawi baru

Ciri-ciri Freemason yang ada pada design baru ini
  

Kerajaan Roh mula mompromosikan kewujudannya

Bismillahi tawwab ur rahim
Astaghfirullah, Tuhan maha pengampun dosa atas dosa-dosaku

kemuliaan dan ampunan keatas paduka baginda Rasulullah saw dan seluruh kekasih Allah

Baru-baru ini seorang lagi pelombong Chile yang terselamat telah ke Cyprus untuk menemui Maulana Syeikh Nazim rh. Sebuah suhbah bersama Syeikh Hisyam Kabbani disiarkan dimana pelombong tersebut menceritakan apa yang berlaku semasa mereka terperangkap 700 m bawah tanah selama lebih kurang 70 hari.

Saya cuba upload video namun 'Hidden Hand' menghalang menyebabkan usaha upload gagal.

Suhbah ini dalam bahasa inggeris manakala cerita pelombong dalam bahasa  sepanyol diterjemahkan dalam bahasa inggeris.

gambar dibawah ditangkap oleh hadirin yang hadir dalam bual bicara tersebut. Ada keganjilan pada gambar ini jika diteliti.

Tonton atau download video di keajaiban diceritakan semula


Isnin, 26 November 2012

Kejahatan Syiah mencemari nama 12 Imam

Bismillah tawakkaltu 'alallah
Salmullah 'ala thoha rasulillah

Konsep Imam 12 adalah konsep yang terkandung dalam ajaran syiah Imamiah. Dalam konsep ini, 12 imam adalah agung hingga pangkat mereka seperti nabi bahkan tuhan. Konsep Imam 12 telah men'syiah'kan nama mereka. 12 Imam itu ialah

1. Imam Ali Al Murtadha kwj
2. Imam Hassan ra
3. Imam Hussain ra
4. Imam Ali Zainal Abidin rh
5. Imam Muhammad Al Baqir rh
6. Imam Jaafar As Sadiq rh
7. Imam Musa Kazim rh
8. Imam Ali Raza rh
9. Imam Muhammad Taqi rh
10. Imam Ali Naqi rh
11. Imam Hassan Askari rh
12. Imam Muhammad Al Mahdi rh

KESEMUA mereka hakikatnya adalah Sunni dan tidak pernah menganut ajaran Syiah. Sebahagian mereka adalah periwayat hadis yang mahsyur  dalam kitab-kitab sunni. Sebahagia mereka adalah moyang ahlulbait yang masih hidup hari ini. Mereka adalah salafussoleh yang terkenal dengan kealiman dan kezuhudan dalam hidup. Sebahagian mereka disebut sebut dalam qasidah puji pujian oleh ulama sunni yang mencintai Ahlul Bait.

Kita di akhir zaman disogokkan bahawa mereka adalah syiah dan siapa yang menyebut nama mereka adalah syiah. Ini adalah satu kejahatan. Syiah mengetahui mereka adalah Sunni dan mereka beralasan bahawa para imam melakukan Taqiyah. Syiah takut rahsia mereka terbongkar. Sebahagian mereka dibunuh kerana tidak mahu menganut Syiah. Ahlulbait telah diwasiatkan untuk menganut fahaman  Ahli Sunnah Wal Jamaah dan itulah yang dipegang oleh para Sayyid (Keturunan Hussain), para Sharif (keturunan Hassan) dan para Habaib (ahlulbait Hadhralmaut).

Kini nama mereka sudah tercemar oleh syiah. Para ulama' muktabar dahulu bangkit menentang pembohongan Syiah. Namun sejak 100 tahun kebelakangan ini yakni sejak Wahabi berkuasa, nama mereka sudah tercemar teruk. Bahkan Imam Muhammad Al Mahdi rh digelar dajjal oleh umat zaman ini. Tiada siapa yang berani bangkit membersihkan nama mereka. Jika ada yang bangkit maka dituduh Syiah terutamanya oleh puak Wahabi. Wahabi rupanya dicipta untuk membantu Syiah menghinakan dan memusnahkan ahlulbait.

As Sufyani rupanya bermaksud kelompok yang membenci ahlulbait. Tiga As Sufyani yang disebut dalam kitab Nabi Daniel as ialah Syiah, Wahabi dan Pembunuh ahlulbait sedang berlangsung sekarang.

Sekian wallahu a'lam

Ahad, 25 November 2012

Bagaimana Yahudi menghina Ahlul Bait

Bismillahi Azizul Jabbar
Salamun alaik ala habibillah

Ahlulbait adalah ahli keluarga Rasulullah saw dan keturunan baginda hingga akhir zaman. Allah memuliakan Rasulullah saw dan ahlulkbait baginda hingga diwajibkan selawat ke atas mereka setiap kali solat. Dalam khutbah wida', baginda mewasiatkan Al Quran, sunnah dan ahlulbait baginda. Baginda berulang kali mewasiatkan agar mencintai dan melindungi ahlulbait baginda.

Yahudi membenci Rasulullah saw dan berjanji akan menghinakan seluruh keturunan baginda dan memusnahkan mereka. Jadi Yahudi melaksanakan rancangan licik supaya umat Islam membenci ahlulbait baginda supaya mereka dapat menghancurkan ahlulbait.

Yahudi melaksanakan beberapa fasa untuk proses menghina Ahlulbait dan memusnahkan mereka.

FASA 1     PENCIPTAAN AJARAN SYIAH
- Ajaran syiah dicipta untuk memecahbelahkan para sahabat. Mereka berusaha merendah-rendahkan para sahabat dan dalam masa yang sama berpura-pura mengagungkan ahlulbait
- Bila umat Islam sudah benci syiah mereka menyebar dakyah mencintai ahlulbait adalah ajaran utama mereka
- mereka menamakan 12 imam sebagai imam mereka padahal mereka SEMUA adalah SUNNI dan tidak pernah menganut syiah.
- Syiah mem'brainwash' umat Islam bahawa mencintai ahlulbait adalah golongan Syiah
- menyebarkan propaganda tentang Imam Mahdi mereka yang ghaib supaya supaya jenama Imam Mahdi ter'syiah' dengan sendirinya
- Imam 12 yang tidak mahu menganut syiah dibunuh semuanya terutamanya Imam ke 12 namun Iman ke 12 yang merupakan aulia besar Allah terselamat.
- Syiah mereka bidaah dalam agama supaya orang makin jauh pada Ahlulbait
- Dakyah mereka berterusan selama ratusan tahun.
- Berusaha mengajak ahlulbait menganut ajaran Syiah

FASA 2   PENCIPTAAN AJARAN WAHABI
- Ajaran Wahabi dicipta untuk menjauhkan umat dari Ahlulbait
- Mereka menegaskan bahawa tiada kecintaan terhadap ahlulbait dalam Islam
- Mereka membuatkan orang yakin mencintai ahlulbait adalah Syiah
- Men'syiahkah ahlulbait dan ulama' yang mencintai ahlulbait
- Membunuh dan memburu ahlulbait dan ulama' yang mencintai ahlulbait
- Men'dhaifkan hadis hadis kecintaan kepada ahlulbait
- Melarang selawat terhadap ahlulbait
- Tinggalan Rasulullah, para sahabat dan ahlulbait dimusnahkan
- Menghalang amalan yang menyemarakkan cinta kepada ahlulbait
- Mengubah konsep ahlulbait dan Imam Mahdi
- Mengusir ahlulbait dari tanah Hijjaz

FASA 3   KEMUNCULAN AS SUFYANI
- Memulakan operasi besar-besaran membunuh ahlulbait di Syria dan Iraq
- Operasi ini akan dilanjutkan hingga ke hujung timur
- Pasukan ini turut memburu Imam Mahdi
- Melancarkan serangan pada musim haji untuk membunuh seramai-ramainya orang yangdisyaki ahlulbait
- Di Israel, Yahudi Zionis membunuh sebanyak-banyaknya penduduk Palestin yang keturunan ahlulbait

sekian wallua'am

Panji-panji Al Mahdi dari Barat

Dalam kitab Tadzkirah tulisan Imam Al Qurthubi Rh meriwayatka

Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning. Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya

Dalam Mukhtasar Ad Tadzkirah Al Qurthubi As Sya'rani meriwayatkan

Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat. Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan

Ulasan:

Sayyidina Mahdi as mempunyai dua divisyen tentera dilambangkan oleh panji-panjinya yakni panji hitam dari timur dan panji putih-kuning dari barat. Pasukan panji hitam sudah diketahui ramai sebagai pasukan tentera utama beliau. Disamping itu Sayyidina Mahdi as mempunyai pasukan tentera bantuan yakni pasukan panji dari barat. Ramainya pasukan ini dikatakan membentuk benteng sejauh 40 batu. Pasukan dari barat ini akan bersatu dengan pasukan panji hitam dari timur yang mahsyur itu. Panji-panjinya dikatakan terdapat nombor dan nama Allah swt.

Sabtu, 24 November 2012

Dendam Dajjal laknatullah terhadap Tuhan

Bismillahi saburan syakur
salamun 'alaik ya habiballah

Dajjal laknatullah semasa di pulau misteri telah melihat 7 tablet perjanjian yang Tuhan tetapkan ke atasnya. Antaranya di tidak dibenarkan memasuki
-Tanah Mekah
- Tanah Uhud (Madinah)
- Tanah Al Quds (Jerusalem)

Oleh kerana itu Dajjal telah berjanji untuk membuatkan tiga tanah suci itu sebagai kota kebesarannya di mana Tuhan dan nabiNya akan diihina di tempat-tempat itu.

Kejahatan Dajjal ialah dengan mengarahkan bala tenteranya untuk menyerang tanah-tanah suci. Perancangannya yang pertama ialah merancang  kemusnahan agama Islam sejak seribu tahun. Kemudian dua divisyen tenteranya ditubuhkan untuk rancangan menyerang tanah suci. Divisyen pertama dinasti Saudi dan wahabi. Kedua dinasti Israel dan Zionis.

Dinasti Saud dan Wahabi diarahkan untuk
- memusnahkan tinggalan Islam
- mengubah ajaran Islam lantas menyebarnya ke dunia
- menunjukkan identiti Islam agar tiada yang menyangka tanah suci telah jatuh ke tangan Iblis dan anaknya Dajjal.
- menukar mekah-madinah dari bandar Islam menjadi bandar Dajjal.
- batu Kaabah asli dicungkil dan dibuang ke laut. Kaabah baru dicipta mengikut citarasa Dajjal.
- makam Nabi saw di tutup dan dirancang untuk dimusnahkan
- istana Dajjal dibina di pinggir Madinah untuk mencerap keadaan di Madinah

Dinasti Israel dan Zionis
- menawan Palestin dan membunuh penduduknya
- menggali terowong untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa
- mengubah persepsi umat islam tentang masjidil Aqsa
- menyebar dakyah Al-Quds bukan tanah haram
- menyebar dakyah bahawa Kuilnya akan dibina di runtuhan Al Aqsa
- menjadikan keruntuhan Al Aqsa untuk mengalih perhatian dunia dari kemusnahan Mekah dan Madinah.

Kini dua divisyen tentera dajjal telah menjalankan misisnya dengan jayanya hingga tiga tanah suci ini kelihatan sebagai bandar Dajjal. Kini Dajjal dengan bangganya sedang berkata kepada kita

"Aku telah jadikan tanah suci Tuhan dan Muhammad sebagai bandar ku. Telah ku ubah agama Muhammad agar kalian semua menjadi pengikut ku. Kemarilah kalian ke dalam dakapanku kerana Mahdi tak dapat menyelamatkan kamu kerana kedunguan kamu menurut ajaran ciptaan ku lantas kamu menentang Mahdi"

Fikir-fikirkan

Hadis Al Mansur adalah (salah satu) Mahdi

Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Dari Abu Mughairah dan Baqyah dari Sofwan dari Kaab ra:

Al Mansur adalah (salah seorang) Mahdi yang disenangi penduduk langit dan penduduk serta burung-burung di bumi. Dia akan memenangi peperangan dengan Rom dan perang selama 20 tahun. Beliau akan syahid dalam perang besar bersama 2000 orang yang merupakan putera dan komander perang. Umat tidak pernah mengalami kesedihan lebih besar sesudah kewafatan baginda Rasulullah saw.

Gelaran Al Hasyimi Ra

HADIS 1
Abdullah Ibnu Abbas ra berkata kepada Mujahid:
'Jika aku tidak mendengar yang kamu mencintai ahlul bait aku tidak akan menceritakan perkara ini kepadamu'
Mujahid berkata:
'Aku akan simpan rahsia ini, aku tidak akan memberitahu sesiapa pun yang kamu benci'
Maka Abdullah bin Abbas pun berkata:
'Ada 4 orang dari Ahlul bait, dari kami Al Saffah, dari kami Al Munzir, dari kami Al Mansur, dari kami Al Mahdi'
Mujahid berkata:
'Terangkan padaku'
Ibnu Abbas menjawab:
Al Saffah, dia akan membunuh para pengikutnya dan memaafkan musuh-musuhnya. Al Munzir menyerahkan kekayaan kepada orang, bersifat zuhud dan hanya mengambil sedikituntuk keperluan. Al Mansur akan diberi kemenangan ke atas musuh dan diberi sebahagian dari apa yang diberi kepada rasulullah saw yakni bagi baginda saw, musuh akan ketakutan dua bulan sebelum berhadapan dengan baginda. bagi Al Mansur, musuh akan ketakutan sebulan sebelum berhadapan dengannya. Al Mahdi akan memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana dunia dipenuhi dengan kezaliman. Musang dan ternakan akan tinggal bersama secara aman. Bumi akan mengeluarkan harta yang tersembunyi kelihatan seperti rod emas atau perak.

HADIS 2
Ibnu Abbas berkata:
'Dari kami Al Saffah, Al Mansur dan Al Mahdi yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada Nabi Isa Ibnu Maryam as

HADIS 3
Khabar Al Khatib dari Ibnu Abbas ibunya Ummu Fadhl. Rasulullah saw bersabda:
'Wahai Abbas, dikau bapa saudaraku dan kembar bapaku dan kaulah sebaik-baik pengganti selepasku. Apabila datang tahun 153 maka itu tahun buatmu dan keturunanmu antaranya ialah Al Saffah, Al Mansur dan Al Mahdi'

HADIS 4
Dari Abu Muawiyah dari Al A'mash dari 'Atiyyah dari Abu Said Al Khudri Ra Rasulullah saw bersabda:
'akan muncul seorang lelaki dari ahlul baitku antara masa sekarang dan kemunculan fitnah, pemberian darinya adalah menyeluruh, dia dikatakan bernama Al Saffah'

ULASAN
Al Saffah dikaitkan bersama Al Mansur (Putra Bani Tamim) dan Al Mahdi. Al Saffah mungkin gelaran Al Hasyimi kerana hanya Al Hasyimi yang dikaitkan dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.Al Saffah yang bermaksud si pembunuh sesuai dengan ciri-ciri Al Hasyimi yang disebut dalam hadis-hadis yakni mengamuk, berperang dan memikul pedang di bahunya. Untuk ulangkaji sila baca siri (Al Hasyimi ITRKI).

Rabu, 21 November 2012

Kelicikan Putra Bani Tamim Ra

bismillahi jabbar
salamullah ala yaasin habibillah



Putra Bani Tamim adalah pemimpin ajaib di zamannya. Perjuangannya adalah perjuangan menjadikan Islam kembali gemilang. Musuh-musuh Allah dan Rasul saw tidak berhenti untuk memushkan segala usahanya. Taktiknya tak mampu dihidu musuh kerana beliau dipandu oleh Rasulullah saw dan Imam Mahdi as. Kerana beliau dipandu dalan setiap usahanya maka beliau adalah al mahdi yakni al mahdi kedua. Al mahdi pertama yakni Imam Mahdi as adalah Al Mahdi Al Muntazar. Jadi Putra Bani Tamim adalah Al Mahdi kedua. Bukankah Al mahdi bermaksud yang mendapat petunjuk. Oleh kerana Putra Bani Tamim mendapat petunjuk cara untuk membuat model Islam diu seluruh dunia maka beliau adalah orang yang layak mendapat gelaran   Al Mahdi. Benarlah hadis menyebutkan " Al Mansur (juga) adalah Al Mahdi"

Putra Bani Tamim mendapat isyarat dari Rasulullah saw dan Imam Mahdi untuk menyelamatkan jemaah yang diamanahkan kepadanya untuk dibangunkan.Musuh berusaha memusnahkan jemaahnya. Jika cara luaran tidak boleh maka dilakukan cara dalaman. Oleh kerana beliau adalah wali Allah yang tahu apa yang tersembunyi beliau menyiapkan pelan utama dan pelan alternatif.

Pelan utama ialah menyiapkan wasilah perempuan yang menjadi pembimbing jemaah sepanjang keghaibannya menemani Imam Mahdi. Jadi Bonda Wasilah menjadi wakil beliau untuk menjadi wakilnya membimbing pembangunan jemaah ke peringkat empayar. Dalam masa yang sama beliau ada pelan alternatif yang rahsia dan yang tidak terlalu rahsia.

Pelan rahsia memanglah rahsia yang tidak akan diketahui sesiapa pun. Pelan alternatif yang tidak berapa rahsia ialah Putra BaniTamim membimbing secara ghaib beberapa orang yang bukan jemaah. Mereka disiapkan untuk menjadi pembela jemaah dari serangan musuh yang menggugat jemaah. Bila jemaah tergugat maka seorang demi seorang akan diutus untuk membela jemaah dan menguatkan keyakinan Ahli jemaah dari digugat musuh.

Begitulah perjuangan akhir zaman yang penuh kelicikan kerana perjuangan akhir zaman bukan berdepan dengan musuh biasa tapi musuh luar biasa yakni raja segala pembohongan Dajjal Laknatullah. Maka para pemimpin perjuangan akhir zaman perlu lebih licik untuk memusnahkan seribu satu kebohongan.

sekian was salamu.

Selasa, 20 November 2012

Bola Sepak adalah H----!

PANDANGAN MAULANA SYEIKH NAZIM AL HAQQANI RH TENTANG BOLA SEPAK.


(Berikut adalah sebahagian petikan suhbah maulana pada 6 JUN 2010 di Lefke, Pulau Cyprus)

---- Orang ini (ahli parlimen) mengatakan bahawa dia adalah  Menteri urusan Dalam Negeri, Menteri Olahraga(sukan). Saya tidak pernah mendengar dalam Al Quran ada satu perintah pun bagi manusia mengadakan permainan atau pertandingan bodoh dan menjadikan seseorang di pemerintahan untuk mengurus olahraga, bola sepak. Dimana bola sepak? Arab Saudi.

Wahai ulama'-ulama' salafi! mengapakah kalian tidak mengatakan hal ini adalah HARAM? Di mana-mana anak-anak muda kita mencuba belajar bola sepak. Itu adalah suatu tanggungjawab yang besar dan suatu yang berat untuk melawan perintah Allah swt. Mengapa kalian tidak mengatakan

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKU" (Quran 51:56)

(Maulana berdiri dan duduk kembali)

Di mana ulama'-ulama' kita dari Azhar Syarif? "mengapa mereka tidak mengatakan ini dalah HARAM?

(Maulana mengangkat tangan seakan-akan memegang sebuah pialah)

Dimanakah ulama'-ulama' kita? Mengapa mereka tidak bertanya padamu? Suatu ketika kalian mesti berbahagia. Ibrahim Adzham beliau seorang sultan yang berkuasa. Beliau sangat menyukai berburu. Dalam pemburuan memang ada hal-hal yang dapat memberi manfaat bagi manusia. Namun bagi para sultan berburu adalah sesuatu yang lain. Saat itu beliau mengejar seekor rusa.

Tepat saat itu pula beliau mendengar suatu suara dari alamul ghaib, wilayah-wilayah yang tidak nampak, yang berkata

" wahai Ibrahim apakah kamu fikir dirimu diciptakan untuk ini(berburu)?"

Dan suara kedua mendatanginya

"wahai Ibrahim! apakah kau fikir bahawa perintah langit datang padamu untuk berburu?"

Dan orang-orang itu tidak mengetahui apa-apa kecuali bola sepak, bola sepak, bola sepak dan bola sepak. sebelas di sisi ini dan sebelas di sisi yang lain. Mereka menaruh sebiji bola sepak kemudian berlarian mengejar bola tersebut!

Sungguh suatu kedunguan. Kemudian di sekitar mereka kalian akan melihat dan menyaksikan ratusan ribu orang lainnya yang mengikuti jalannya perebutan bola itu. Mengapakah kalian tidak mengatakan itu adalah HARAM?

Wahai ulama'-ulama' salafi, wahai para doktor syariah, wahai ulama'-ulama' Azhar Syarif! Mengapa kalian tidak memberikan peringatan pada umat Islam bahawa hal tersebut adalah HARAM? itu adalah HARAM! tak seorang pun yang dapat mengatakan halal. Hal ini bererti para ulama'  tidak lagi mengetahui apa yang halal dan apa yang haram. Lalu bagaimanakah mereka berharap bahawa barakah dari langit akan datang pada diri mereka?----

Ahad, 18 November 2012

Nama Al Mahdi di Luh Mahfuz

bismillahi azizul jabbar
salamun 'alaik ya habiballah.

Al Mahdi adalah istilah yang kurang dibincangkan kecuali sejak 200 tahun lepas dimana Sayyid Khalid Al Baghdadi Rh tiba-tiba datang ke Mekah bersama pasukannya untuk mencari Imam Mahdi.

Grandsyeikh Abdullah Faiz Ad-Dagestani, mursyid Maulana Syeikh Nazim Al Haqqani Rh menjelaskan bahawa tindakan sayyid Khalid Al Baghdadi itu adalah disebabkan Nama Al mahdi baru muncul ketika itu. Sebelum itu mana itu tidak muncul.

subhanallah rupanya kelahiran Sayyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah as Suhaimi ditandai dengan namanya tertulis di Luh Mahfuz kerana ketika itu Sayyidi baru dilahirkan di daerah Wonosobo di sebuah negara hujung timur.

Inilah kehebatan sayyidina Mahdi as dimana namanya ditulis di Luh Mahfuz menjelang kelahirannya.

Kita berada di Era Pemerintahan Roh

Bismillahi affuwwun syakur
alfu salam 'ala mustafa rasulillah saw

Menjelang Muharram in kita mendengar berita-berita baik di dalam jemaah GISB sebagai tanda kemenangan semakin hampir. Kejadian-kejadian yang tak masuk akal berlaku. Pihak yang selama ini bermusuh nampaknya mula berbaik-baik. Malangnya segelintir orang yang selama ini berjuang dalam jemaah menjadi musuh kepada jemaah itu sendiri bahkan permusuhan itu lebih keras lagi.

Sebenarnya keajaiban itu adalah hasil kerja-kerja orang roh yang diizinkan Allah membolak-balikkan hati sesiapa yang dikehendakiNya. Orang Roh mengubah hati musuh menjadi kawan dan orang roh mengubah hati kawan menjadi musuh. Allah, maha Agung yang menciptakan roh dari Nur Muhammad sedangkan Nur Muhammad tercipta dari seberkas Nur Illahi.

Pemerintahan roh sedang berlangsung. Rupanya bukan teknologi barat yang akan mencetuskan daulah tapi teknologi roh yang dibawa dari alam roh yang membuatkan hati-hati inginkan rasa berTuhan. Benarlah rupanya surat baginda Rasulullah saw kepada vatican melalui Bonda Ummu Jah yang kesannya dapat dilihat hari ini.

Yahudi semakin ketakutan hingga bertindak ganas di Palestin. Makar mereka semakin jelas. Teknologi Roh membuatkan hati-hati mereka kecut. Nenek moyang mereka dulu lari lintang pukang bila berhadapan dengan Rasulullah saw dan para sahabat ra yanbg menggunakan secebis teknologi roh ke atas mereka. Kini mimpi ngeri mereka berulang. Dahulunya mereka merasakan dunia dalam genggaman namun kini dunia dipegang Nur Muhammad dengan tangannya.

Buat Yahudi, tunggulah bila teknologi roh menyerang kamu sepenuhnya maka kalian akan berlari lintang pukang meninggalkan Palestin dimana Imam Mahdi akan memasukinya tanpoa peperangan. Ini khabar dari orang roh dan pasti berlaku sepertimana dikhabarkan bangsa melayu dan bangsa latin akan berbaik dua tahun lalu dan hasilnya kini bangsa melayu mula berminat menjalinkan perhubungan perdagangan di amerika latin dan negara-negara amerika latin setuju untuk menjadikan Malaysia sebagai tapak untuk menembusi pasaran asia tenggara.

Wahai Yahudi, alangkah indahnya jika saat itu dimana berlakunya jalinan hubungan amerika latin dan malaysia lantas Allah takdirkan Malaysia menjadi daulah ketika itu. Oh alangkah indahnya dapat melihat bangsa latin di islamkan beramai-ramai dan kini Imam mahdi sedang memegang dua hujung dunia. Inilah pemerintahan roh yang kalian tak dapat halang dan setiap usaha kalian menghalang, bencana lebih besar akan menimpa kalian.
s
Kini pemerintahan roh sedang menarik hati-hati bangsa melayu untuk kembali ke Islam  sebenar yakni Islam roh. Bila kekuatan roh sudah cukup maka daulah pun akan berlaku.
kepada umat islam, kini pemerintahan roh sedang mempromosikan kerajaan roh kerana pemerintahan Imam Mahdi adalah pemerintahan roh yang penuh keajaiban. Kekuatan kita bukan pada fizikal dan material kerana semua itu akan binasa. kekuatan kita adalah kekuatan roh. kekuatan roh adalah kekuatan yang tidak pernah kita cungkil dan apa yang brlaku dalam jemaah ialah penyingkiran orang yang enggan menerima pemerintahan roh dan mereka lebih tertarik kepada harta dunia yang bakal binasa. Moga-moga yang kekal dalam jemaah adalah kelompok yang solid untuk dipupuk menjadi orang roh.


Sabtu, 17 November 2012

Fasa Perjuangan Sayyidina Mahdi as

Bismillahi ghafurur rahim
Assalamu'alaik zainal anbiya'

Sayyidina Mahdi as sudah berperanan. itulah kebenarannya dan tapak pemerintahan beliau sedang disiapkan. Terdapat beberapa fasa perjuangan beliau.

Fasa 1: Penegakan tiang Islam
- Sayyidina mahdi as (syeikh suhaimi) menjadikan asia tenggara sebagai wilayah yang berpegang kepada teras Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau melindungi masyarakat melayu khususnya di Tanah Melayu daripada fahaman menyeleweng terutamanya fahaman kaum muda (wahabi) yang meningkatkan pengaruhnya ke seluruh dunia. Sayyidina Mahdi as menegakkan tarekat yang dikhususkan untuk akhir zaman oleh baginda Rasulullah saw. ketika Wahabi menguasai haramain Sayyidi pun ghaib untuk menjalankan misi rahsianya yakni mencipta kelahiran pembantunya yang akan meneruskan fasa seterusnya yang digelar Sayyidina Fata At Tamimi.

Fasa 2: Pembangunan Islam secara material
- Sayyidina mahdi dan Rasulullah saw memimpin Sayyidina Fata at Tamimi yang membangunkan islam secara praktikal. Sayyidina At Tamimi bersama jemaahnya membangunkan ekonomi islam, media dan kebudayaan Islam, industri Islam, pertanian Islam dan perkampungan Islam model di seluruh malaysia. jemaah berkembang menjadi pesat sehingga tertubuhnya bandar Islam. Pembanguan material bukan sahaja di Malaysia bahkan di merata dunia. Sayyidina At Tamimi menunjukkan bahawa Islam mampu kelihatan berwibawa, mewah dan canggih menandingi bukan Islam. Setelah pembangunanMaterial berjaya maka Sayyidina At Tamimi pun ghaib bagi menemani Sayyidina Mahdi di alam roh untuk kembali ke dunia bersama.

Fasa 3: Pengenalan Teknologi Roh
- Apabila Sayyidina Mahdi as dan Sayyidina At Tamimi kembali ke dunia dalam keadaan invisible maka bermula era pembangunan rohaniah dimana rohaniah ahli jemaah dibangun untuk menjadi orang roh yang bertaraf wali. penggunaan teknologi roh mula diperkenalkan kepada dunia. Kerajaan roh menggoncang dunia dan mencipta seribu satu keajaiban. Perhubungan roh bersama roh Rasulullah saw mula diguna pada jemaah dan pendokong kebenaran.

* pembangunan material adalah bersifat sementara bagi menunjukkan kemegahan dan kehebatan Islam. Teknologi roh diperkenalkan secara beransur-ansur kerana teknologi ini sahaja yang akan diguna pakai dalam kerajaan Sayyidina Mahdi as dimana ketika itu segala teknologi moden akan musnah. Kita sedang hidup dalam fasa ketiga.

# saya tidak menyebut tentang peranan Sayyidina al hasyimi ra dan Sayyidina Haris ra kerana belum dipastikan siapakah individu tersebut. mereka mungkin sedang berperanan namun Allah swt dan RSA lebih tahu keberadaan mereka.

Secret Code 6

the end times
there will be
a chaos among
northen hemisphere

great destruction
at the centre
spreading like
a black smoke

far to the south
of the east
of the west
peace upon them

river of blood
hill of flesh
mountain of skull
nightmare comes

the sky is black
day is night
darkness upon
those nation

the nations cries
when a peace
become true
they was tired

4 out of 5
it's a nightmare
but punishment
come from heaven

the olive falls
the king won
the ring angry
all be praised

far to the east
far to the west
they are blessed
far from nightmare

but the rings comes
destroy all city
of far east and west
no heavenly dream

choosen peoples
saved by a palace
made by the king
avoid the ring

heavenly people
will come from sky
to help them
kill the ring

now peace spread
like a fragance
far to east
far to west

Jumaat, 16 November 2012

Peranan kerajaan Roh yang disembunyikan 2

Apa yang berlaku sebenarnya? Bagaimana mereka boleh selamat dalam keadaan serba gelap, tiada udara, bekalan makanan dan air yang cukup selama dua bulan lebih. Lebih menakjubkan kesemua 33 pelombong berjaya keluar hidup-hidup.

Seluruh dunia takjub dengan kejadian itu. media masaa yang dikuasai yahudi dan kristian mencanang-canangkan kehebatan teknologi mereka. Para pelombong pula berkeyakinan bahawa keajaiban yang menyelamatkan mereka. Tidak lama sesudah kejadian itu 2 pelombong sebagai wakil pergi ke pulau siprus bertemu seorang wali Allah untuk berbaiah.

Sebenarnya dunia ditipu dimana ada perkara yang disembunyikan kerajaan-kerajaan yang dikuasai yahudi dan kristian.

Sebenarnya sebaik sahaja mereka dikeluarkan dari lombong, kesemua pelombong dilihat memakai kalung tawiz tradisi Naqshbandi (berbentuk segitiga).

Mereka ketika itu telah memeluk Islam. Salah seorang pelombong mengatakan semasa kejadian tersebut dia melihat 'Tuhan' menentang Iblis dan Tuhan memenanginya.

Menurut Maulana Syeikh Nazim rh, beliau mendapat alamat tentang kejadian yang bakal menimpa di Chile lantas beliau berdoa untuk keselamatan para pelombong.

satu daripada 313 rijalullahil ghaib dihantar ke tempat kejadian pada mulanya namun akhirnya yang turun padang adalah 7 rijalullah. Mereka ditugaskan untuk memberi keamanan dan menyediakan keperluan para pelombong yang terperangkap.

sementara di atas, seorang wakil maulana telah berjaya menurunkan 33 amanat maulana kepada 33 pelombong tersebut. Antara amanat tersebut ialah kalung tawiz naqshbandi, risalah mengenai cinta dalam Islam dan perintah untuk mengucap kalimat "la ilaha illa allah, muhammadur rasulullah"

banyak kejadian ganjil yang berlaku pada mereka di bawah tanah antaranya rasa nyaman, terasa kenyang walaupun makan sedikit, dapat tidur dengan nyenyak dan terasa seperti ada hembusan udara walaupun haikatnya tiada saluran udara. Banyak lagi yang tidak dihebahkan kepada umum.

namun mereka mengatakan bahawa mereka melihat maulana bersama mereka di sana dan sebahagian kecil bermimpi melihat beliau. Maulana Syeikh Nazim mengesahkannya.

Namun Yahudi dengan kejahatannya telah mengedit gambar para pelombong keluar bersama kalung tawiz maka tiada siapa yang sedar apa yang berlaku sebenarnya.

Maulana memberi sedikit bantuan kepada para pelombong yang terselamat. Peristiwa yang berlaku menunjukkan peranan kerajaan roh yang amat disesatkan oleh umat akhir zaman.

Yahudi cupa menutup kisah ini supaya kita yakin kerajaan roh tidak wujud.

Peranan kerajaan Roh yang disembunyikan 1

Pada 5 Ogos 2010 dunia dikejutkan dengan kejadian 33 pelombong terperangkap 700m baqah tanah apabila berlaku runtuhan laluan dalam lombong. kesemua mereka terperangkap selama lebih kurang 70 hari sebelum berjaya dikeluarkan pada 14 Oktober 2010.

Kejadian berlaku di lombong San Jose di Chile. Dunia menantikan penuh debaran proses penyelamatan namun semua lega apabila pelombong berjaya dikeluarkan HIDUP-HIDUP.



Selepas kejadian itu 2 daripada mereka berkunjung ke pulau Siprus untuk berbaiat pada Maulana Syeikh Nazim Al Haqqani Rh.

Berita Gembira buat umat Islam

saya sertakan gambar sebuah buku yang patut dibaca umat Islam sebagai panduan. Buku in adalah buku pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang cara-cara mengundang rasulullah saw ke dalam mimpi. Buku ini boleh menjadi benteng terhadap serangan puak Wahabi yang sangat tidak percaya akan poerihal bermimpi berjumpa Nabi saw (apatah lagi bertemu dalam jaga)

Dapatkan di mana-mana kedai buku berdekatan tempat anda

Rabu, 14 November 2012

Perutusan Awal Muharram 1434 H

Bismillahi malikul quddus
As salamu alan nabiyy

Kesejahteraan buat semua pembaca. sekarang kita berada di awal 1434H. Ini bermakna kita sedang menuju penghujung awal kurun secara zahirnya. Nampaknya sudah 1424 tahun baginda saw berhijrah ke alam roh memimpin kita dari sana.

Saban tahun semua baik orang awam mahupun aulia Allah menunggu kedatangan Sayyidina Imamul Mahdi as namun saat yang ditunggu-tunggu masih belum kunjung tiba. Jangan-jangan benar apa yang disebut hadis "Imam Mahdi muncul di pertengahan kurun manakala Nabi Isa turun di akhir zaman"

Buat yang menunggu diharap tidak berputus asa menunggu kemunculan sayyidina Mahdi as kerana masih belum masanya Allah izinkan beliau muncul. Moga-moga kita masih hidup ketika beliau as muncul.

Sempena awal muharram in marilah kita hayati satu makna hijrah versi moden iaitu "Hijrah diri dari menjadi orang akal ke orang roh"

Hari ini majoriti umat islam telah meninggalkan tassawuf yakni kaedah menjadikan diri sebagai orang roh. Manusia tersekat dalam kehidupan berasaskan akidah dan syariat semata-mata yang mana pokok ajaran Islam ini dipelajari secara akal. Bidang tassauf yang menghidupkan roh ditinggalkan.

Umat Islam berlumba-lumba belajar dengan guru ini dan itu, kitab ini dan kitab itu, pusat pengajian ini dan itu. Ramai orang berbangga menjadi penghafal AlQuran, penghafal hadis,penghafal kitab ulama' sekian. Namun tidak ramai yang mencari guru muryid yang mendidik roh. Guru roh ditinggalkan manakala guru akal dicari.

ramai menyangka dengan belajar sebanyak mana ilmu mereka akan menjadi mulia. Tapi itu pandangan yang silap. Allah mahu kita menjadi orang roh yang akan kenal Allah dengan hatinya. Allah adalah perbendaharaan yang tersembunyi dan Dia mahu dikenali. Hanya hati mampu mengenal Allah.

Akal cuma mampu tahu Allah tapi hati/roh mampu kenal Allah. Bila kita kenal Allah, Allah akan anugerahkan perbendaharaan ilmuNya kepada kita. Ilmu yang diterima melalui hati ibarat harta karun yang tidak terhingga banyaknya dan tidak akan putus. selembar ilmu yang diterima oleh hati/roh itu lebih baik dari seluruh kitab ilmu akal yang ada di bumi.

Menjadi orang roh adalah lebih baik dari menjadi orang akal. Roh tiada kapasiti sedangkan akal ada kapasiti. Menjadi orang roh menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat sedangkan tiada jaminan itu bagi orang akal.

Hari ini bila disebut roh orang kata sesat sedangkan roh adalah hakikat diri kita. jasad dan akal akan musnah sedangkan roh tidak.

Alangkah berjayanya Iblis laknatullah menghina anak cucu Adam yang hidup pada hari ini. Manusia disiapkan untuk terpenjara dengan akal supaya bila Dajjal laknatullah tiba maka tiada yang selamat.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa segala hal baik yang kecil mahupun yang besar adalah fitnah dajjal. Jika kita selamat dari fitnah sebelum dajjal muncul maka ketika kemunculannya nanti kita akan selamat. Hanya satu saja jalan selamat yakni mencari mursyid yang boleh mebndidik kita mebjadi orang roh dan hanya orang roh yang dapat selamat dari fitnah dajjal laknatullah.

seruan sempena tahun baru hijrah inu marilah kita bersama-sama berusaha menjadi orang roh dan berhijrahlah dari menjadi orang akal menjadi orang roh.

Para aulia Allah telah melihat penduduk hujung timur dan penduduk hujung barat mempunyai keimanan yang kuat dan kepercayaan terhadap roh yang mendalam. Para aulia melihat dengan kasyaf mereka keberkahan melimpahi seluruh nusantara dan benua amerika selatan. Keimanan in sukar dilihat di tempat lain.

Demi Allah ku doakan agar keberkahan yang melimpahi nusantara ini membuatkan penduduknya kembali ke ajaran islam yang sebenar yang menitikberatkan soal roh manakala doaku buat penduduk benua amerika latin, agar mereka semuanya memeluk Islam dengan berkat yang melimpahi mereka dan kita semua diizinkan mengikut Sayyidina Mahdi as.

Sekian was salamu.

Secret code 5

lands of spirits
land of the east
land of the west
land of prophets

no other land
like spirits lands
the peoples faith
are the best of all

seven diamonds
balancing our earth
hidden somewhere
beneath the earth

diamonds not for us
diamonds of miracle
emits knowldege
emits spirits feeling

when the seven
move slightly
the earth quakes
with great quake

one day of future
the seven will move
by a great moves
great quake will be

quake of the east
quake of the west
quake of holy land
earth spoke the news

hidden treasure
will expose for us
from beneath of us
to the surface lands

the king will take
those treasure
keep the treasure
in keeping palace

nobody want them
because there are
abundance of them
they become priceless

that will be a sign
great sign of
the end times
called golden age

Selasa, 13 November 2012

Rahsia Fatimah

Bismillahi rabbul jalil
as sholatu 'alan nabiyy

as salam

saidatina Fatimah ra adalah puteri kesayangan baginda Rasulullah saw. Dari rahim beliau lahir keturunan baginda rasul saw yang kita kenali hari ini sebagai ahlulbait. Banyak wali besar merupakan ahlul bait.

Puteri kesayangan baginda saw dinamakah Fatimah merupakan satu manifestasi pengetahuan rahsia baginda rasulullah saw yang disembunyikan melalui nama puteri baginda saw.

Rasul saw adalah gedung pengetahuan yang digelar ummiy yakni ibu segala pengetahuan.penamaan puteri baginda menjadi satu manifestasi rahsia akhir zaman.

Rasulullah saw diberikan vision akan apa yang akan berlaku di masa hadapan. jadi baginda tahu masa hadapan apa yang akan berlaku lantas baginda saw menamakan puterinya sebagai Fatimah.

intinya rahsia ada pada huruf FATIMAH.

Rasul saw mengetahui bahawa masa hadapan (hari ini) tulisan rumi adalah tulisan umum masyarakat tersebut (kita).

Segala huruf, segala bahasa adalah terkandung dalam pengetahuan baginda kerana seluruh makhluk berasal dari nur baginda saw.

berbalik kepada nama Fatimah. Nama ini terkandung singkatan jawatan-jawatan besar di akhir zaman yang dijawat oleh putra-putra keturunan beliau. Singkatan itu ialah

FAT-IM-AH

FAT adalah ringkasan Fata at Tamimi
IM adalah singkatan Imam Mahdi
AH adalah Al-Hasyimi

Tiga orang yang bakal memusnahkan as sufyani.

Ini bukan kebetulan tetapi memang dirancang Rasulullah saw dan kehendak Allah swt sendiri.

Al Hasyimi dan Fata At Tamimi adalah dua individu berbeza (rujuk artikel Al Hasyimi ITRKI). Dalam hadis-hadis disebut peranan tiga tokoh ini secara nyata dalam memerangi as sufyani.

Tiga tokoh ini yang disebut Tiga mahdi yang memerangi tiga sufyani dalam kitab Nabi Daniel as (rujuk artikel Imam Mahdi lebih dari satu)

Imam Mahdi (kemunculan awal) memerangi as sufyani di masanya yakni wahabi

Fata At Tamimi (kemunculan pertama) memerangi as sufyani di masanya yakni syiah

Al Hasyimi (Bakal muncul) memerangi  as sufyani ketiga yakni as suyani sebenar dan gabungan tiga kekuatan ini bersama Nur Muhammad saw maka as sufyani (yang bakal muncul di syria tak lama lagi) akan dikalahkan.

Setelah mahdi ketiga muncul barulah bermula kekhalifahan imam Mahdi sebenar.

Ini adalah fakta kerana ada satu hadis menyebut "al mansur adalah salah seorang mahdi"

jadi inilah makna baru tentang kisah Tiga Mahdi.

semua tahu bahawa al mansur adalah gelaran fata at tamimi.

sekian sahaja was salamu

Singa si Petani

As salam

Singa si petani. Tajuk yang pelik tapi adalah satu od rahsia perlu dipecahkan umat akhir zaman.

Hadis menyebut:
"akan keluar seorang lelaki dari negeri belakang sungai yang dikenali sebagai Singa si Petani. Dihadapannya adalah Si Penolong"

pernah dengar hadis ni? bunyinya macam sudah biasa di dengar bukan tapi di mana ya?

sebenarnya perkataan Singa si Petani  adalah terjemahan harfiah kepada Hari al Harras.

sebenarnya ada kod rahsia di sebalik nama Haris atau 'Singa' itu.

Singa mempunyai pelbagai makna menurut pelbagai tradisi. Biasanya Singa dikaitkan dengan keberanian, ketegasan, sifat diraja dan bagi yang tahu sejarah bani israel singa adalah simbol pelindung.

kenapa dikatakan sebagai pelindung? kisahnya berbalik kepada zaman Nabi Daniel as dimana raja Babylon yg zalim menghukum Nabi Daniel dengan mengurung baginda as bersama sekor singa. Namun singa itu kemudiannya menjadi pelindung Nabi Daniel as.

Maka dari kisah itu Yahudi menjadikan singa sebagai simbol pelindung. Kononnya Temple of Solomon di letakkan patung singa di pintu masuknya untuk menunjukkan bahawa tempat tersebut dilindungi.

Berbalik kepada makna Haris tadi salah satu maksudnya ialah pelindung. Apa yang Sayyidina Haris lindungi?

Dalam satu manuskrip lama yang ditemui di sebuah daerah di Indonesia tersebut kisah seorang lelaki yang rumahnya di belakang sungai. Kerjanya mengembala namun bukan haiwan tetapi rahsia-rahsia sejarah yang tertanam. Beliau menemui rahsia-rahsia sejarah dan menyimpannya.

Dikatakan dalam manuskrip itu, lelaki yang tinggal di belakang sungai kerjanya mencari benda-benda bersejarah yang tertanam lantas menyimpam dan melindunginya. Dari jauh orang menyangka beliau adalah petani. Ya beliau mendapat gelaran Haris al Harras kerana itu.

Menurut abuya kerja Sayidina Haris adalah menjadi jurupandu Imam Mahdi. Kenapa Sayidi perlu jurupandu padahal beliau pernah mengembara ke Tanah Arab bahkan Waliyullah biasa mengembara ke mana-mana yang dikehendaki.

Dalam hadis ada disebut Imam mahdi akan mengeluarkan pelbagai khazanah tersembunyiantaranya pedang zulfikar, taurat yang asli dan tabut bani israel.

Jadi makna jurupandu di sini ialah Sayidina  Haris akan menunjukkan dimana tersembunyinya khazanah yang hilang kerana ini kemahiran beliau.

Jadi sebab itulah kenapa Sayidina Haris tidak dibenarkan ditemui buat masa sekarang kerana jika musuh tahu maka segala rahsia sejarah akan mereka curi dan imam mahdi tidak akan mengeluarkan khazanah tersebut.

sekian was salamu

Pemimpin yang dijanjikan

as salam

sholatu 'alan nabiyy

Dunia ini tak pernah lekang dari kedatangan orang-orang terpilih yang dijanjikan Allah. Sejak Nabi Adam as hingga akhir zaman pasti Allah mengutuskan orang-orang yang dikhabarkan menjadi pemimpin manusia kepada kebenaran.

Allah memberi isyarat kepada hamba-hambanya yang tertentu akan kelahiran insan istimewa.

Antara figure utama yang diperkatakan sejak Adam as diutus ialah kelahiran figure  yang lahir di akhir zaman yakni baginda sebagai utusan terakhir yang diutus untuk semua makhluk. Berita itu diturunkan secara turun temurun akan kelahiran Nabi Akhir Zaman dan yang terakhir mengkhabarkan perihal itu ialah Nabi Isa as. Kelahiran Nabi Akhir Zaman diiring kelahiran 4 figure yang bakal membantu baginda. Disebutkan ciri-ciri nabi akhir zaman dan para pembantunya terutamanya 4 figure utama tadi.

Maka bila tiba masanya maka bangkitlah nabi akhir zaman itu yakni  Sayyidina Muhammad Bin Abdullah saw

Baginda diiringi 4 sahabat utama yakni
- Sayyidina Abu Bakar ra
- Sayyidina Umar ra
- Sayyidina Usman ra
- Sayyidina Ali kwj

Setelah diutuskan, baginda rasulullah saw telah mengkhabarkan kelahiran 4 figure lagi yang akan mengembalikan kegemilangan Islam sebagai mana baginda lakukannya. Disebutkan juga sifat-sifat para pembantu mereka. 4 figure yang disebut-sebut baginda rasulullah saw ialah

- Sayyidina Imam al Mahdi as
- Sayyidina Fata at Tamimi ra
- Sayyidina Haris al Harras ra
- Sayyidina Fata al Hasyimi ra

mereka adalah  4 figure utama yang terlibat dalam kebangkitan Islam. Ciri-ciri mereka sudah disebut rasulullah saw.

2 figure dikenalpasti iaitu
- Sayidi Syeikh Suhaimi Rh sebagai Sayyidina Imam Mahdi as
- Abuya Ashaari Rh sebagai Sayyidina Fata at Tamimi ra

2 figure masih belum muncul di khalayak umum namun mereka sudah berperanan tanpa disedari sesiapa pun. Yang pasti mereka bukan dilantik oleh manusia tetapi Allah dan Rasul yang mengutuskan mereka demi mengembalikan agama Islam kepada kemuliaan.

insyaallah masa sudah hampir tiba dan tiada siapa dapat menghalang.

sekian wa salamu

Syeikh Suhaimi ialah Sayidina Mahdi as

Syeikh Hisham Kabbani, timbalan Syeikh Nazim dari Tarekat Nasqbandi Haqqani menyebutkan ciri-ciri Sayidina Mahdi as (Imam Mahdi)

- Namanya sama seperti Rasulullah saw
- Nama bapanya sama dengan nama bapa Rasulullah saw
- Nama ibunya sama seperti nama ibu Rasulullah saw
- Wajahnya mirip Rasulullah saw
- Beliau sudah berkahwin
- Beliau mempunyai tiga anak lelaki

Sayyidi Syeikh Suhaimi menepati semua ciri tersebut yakni

- Namanya dan nama bapanya sama seperti aRasulullah saw yakni nama beliau ialah Muhammad bin Abdullah
- Nama ibunya sama seperti nama ibu Rasulullah yakni Aminah
- Wajah beliau dikatakan mirip Rasulullah  saw
- Beliau berkahwin dengan Nyai Qaniah dan mendapat tiga orang putera antara yang terkenal syeikh Fadhlullah dan syeikh Khairullah.

Sabtu, 10 November 2012

Pandangan tentang situasi terkini.

As salam

Saya terpanggil untuk membuat ulasan tentang situasi terkini yang berlaku dalam jemaah GISB walaupun saya bukanlah ahli atau anggota GISB

Sejak kebelakangan ini saya mendapati muncul satu kelompok yang menentang Bonda Ummu Jah sebagai wasilah RSA. Bagi mereka Bonda Ummu Jah tak laya mentadbir jemaah kerana banyak kelemahan-kelemahan. Disebut-sebut pula bahawa ahli keluarga lelakilah yang layak memimpin. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada bonda ummu jah.

Apa yang dikesalkan peristiwa ini melibatkan beberapa ahli keluarga Abuya sendiri. Jika yang membuat tohmahan itu orang luar boleh diterima tapi yang berlaku ialah fitnah datang dari dalam jemaah sendiri.

Saya bukanlah orang roh untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya namun saya terpaksa membuat kenyataan ini untuk menyatakn pendirian saya.

Saya dengan penuh rasa malu dan tak layak ingin mengisytiharkan bonda ummu jah dan sesiapa yang setia pada beliau adalah di dalam kebenaran.

Bagaimana saya boleh meyakini begitu. Terlalu lemah untuk saya mengungkapkan tapi inilah hakikatnya bahawa saya sebenarnya telah berhubung secara roh dengan RSA. Bukan baru tapi sejak blog ini dinamakan sebagai blog Ikhwan y Asoib saya sudah berhubung secara roh dengan Abuya. Bahkan sebelum saya berbaiah secara roh dengan Abuya namun perhubungan roh bermula sejak Abuya ghaib.

beberapa hari sesudah Abuya ghaib maka Abuya hadir dalam mimpi saya mewasiatkan sesuatu yang sukar saya fahami. Dalam waktu tertentu Abuya telah hadir dalam mimpi memberitahu sesuatu perkara. Kemudian kemuncaknya Rasulullah saw sendiri hadir dalam mimpi. Setakat ini sudah 6 kali bermimpi jumpa Rasulullah saw terutamanya Ramadhan baru-baru ini lebih kerap yakni 3 kali. Sudah tentu jika bermimpi Rasulullah saw di bulan Ramadhan pasti bukan Syaitan kerana syaitan telah dirantai.

Bukan untuk berbangga bahkan saya berasa malu pada diri sendiri kerana diberikan anugerah itu padahal tidak layak bahkan saya bukanlah orang yang bertaqwa. Sebelum in saya siarkan artikel bertajuk 'Benarkah mimpi ini?' dan tiada jawapan diperoleh hinggga RSA yang beri jawapan melalui sebuah buku tentang cara-cara membuatkan Rasulullah hadir dalam mimpi ditulis oleh Habaib-habaib yang berketurunan baginda rasulullah saw.

Berbalik ke soal bonda ummu jah maka sekitar akhir Ramadhan dan awal Syawal saya dimimpikan melihat satu siri mimpi tentang keluarga Abuya. Pertama melihat putra-putri abuya yang muda-muda yang diantara mereka dipanggil Ikhwan at Tamimi. Kedua melihatSyeikh Fakhrul dan Syeikh N (tak pasti Syeikh Nizam atau Syeikh Nasir) dan terakhir  bermimpi melihat Bonda Ummu Jah berubah rupa menjadi abuya. Lebih kurang seminggu saya menerima khabar bahawa berlaku konflik dalam GISB yang menentang Bonda Ummu Jah.

Oleh kerana saya dilatih menerima mimpi yang benar saya segera memahami apa yang berlaku sebenarnya.

Banyak perkara diberitahu secara mimpi yang benar contoh
1. Tentang kejadian bersih
2. Tentang terlepasnya Dajjal
3. Tentang bencana yang bakal melanda Amerika Syarikat baru baru ini (taufan sandy)

Bukan hendak ceritakan kelebihan diri. Moga-moga dijauhkan dari rasa riak, ujub, sombong dan takbur.

Tujuan saya cuma satu untuk menyatakan pendirian tentang siapakah yang benar samada Bonda wasilah atau penentang beliau.

sekian ampun maaf buat RSA moga RSA tidak murka dengan kenyataan ini dan moga-moga begitulah

Jumaat, 9 November 2012

Secret Code 4

There's a light
a flower of light
a flower with
eight petal

four of the main
four of the side
bright light
on the centre

one is the faith
one is the truth
one is the love
one is knowledge

other is guidance
other is helper
other is brave
other is peace

light among lights
it enlighthen
the darkness
the dullness

flower of lights
is key of peace
is key of love
is key of rich

flowers although
it's summer
it's fall
it's winter

four among four
the root is one
without the root
the flower not flowers

keep it upon
heart of light
it will guide
to the truth

Sirah Rasul Perlu Nafas Baru

As salam.

sempena hari jumaat yang mulia ini ada sesuatu yang perlu dikongsi bersama.

"Sirah Rasul saw Perlu Nafas Baru"

Sirah rasulullah saw adalah subjek paling wajib dipelajari umat Islam sesudah Al-Quran, akidah dan Ibadat. Tanpa sirah kita tak dapat kenal nabi kita.

Sirah yang tertulis dalam mana-mana buku hari ini tidak terkandung roh penghayatan untuk cintakan dan rindukan rasulullah saw. Kita hanya tahu riwayat atau perjalanan hidup baginda namun kita tak mampu menghayati akhlak baginda, kasih sayang baginda bahkan jauh sekali membuatkan kita cintakan dan rindukan baginda.

jadi hari ini, bila belajar sirah kita macam belajar sejarah kalau lebih baik pun seperti membaca buku cerita. Bukan semua mampu memahami dengan penghayatan sirah sebegitu. Boleh jadi menimbulkan salah faham pula.

itulah realiti hari ini. Belajar sirah tapi tak cintakan dan rindukan Rasul. Kita kenal nabi macam kita kenal seorang kenalan. Paling baik pun seperti kawan baik. Kita tak kenal nabi macam kita kenal diri sendiri. kita tk mampu menghayati perasaan nabi. Jika kita baca tentang penderitaan nabi kita tak rasa derita. Kita baca kegembiraan nabi kita tak rasa gembira.

kalau kita tahu bahawa nabi sangat kenal kita umatnya. Sakit kita adalah sakit baginda. derita kita adalah derita baginda. Gembira kita adalah gembira baginda. Tapi kita tak mampu berperasaan seperti baginda. ada kisah baginda menangis setiap malam mengenangkan kita bahkan setiap nama kita disebut dalam doa baginda.

hendakkan penghayatan perlu ada contoh realiti. kerana Rahmat Allah dikurniakan tokoh-tokoh yang membayangi Nabi. Ada tokoh bergelar mujaddid, ada tokoh bertaraf wali dan untuk akhir zaman Allah kurniakan 4 tokoh yang mengulangi sirah nabi diantara mereka adalah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.

Jika tak bertemu tokoh kehidupan seharian membantu kita menghayati perasaan Nabi. Jika kita accident sampai patah gigi, koyak kulit, patah tulang maka cuba kita bayangkan bahawa sepertimana derita akibat accident begitulah derita baginda nabi dan para sahabat semasa perang.

Jika dalam kehidupan seharian orang selalu memandang serong atau mencemuh kita maka kita rasakan begitulah rasa ketika nabi dan para sahabat dicemu, dihina lebih teruk dilempari najis.

jika kita menerima berita gembira, begitulah rasa baginda menerima berita gembira. Jika kita terima berita sedih, begitulah rasa sedih baginda nabi. Jika orang tersayang meninggalkan kita, begitulah yang baginda rasa bila orang tersayang wafat.

Tapi, itu hanya secebis dari perjalanan hidup baginda yang kita mampu hayati perasaan baginda namun itu pun sudah cukup bagus dibandingkan tiada apa-apa perasaan semasa membaca sirah baginda.

bagi yang bermursyid maka mursyid adalah bayangan baginda nabi. Mursyid yang saya maksudkan adalah dari tarekat-tarekat yang haq. Oleh itu marilah kita mulakan dari sekarang mengenali nabi seperti kita mengenali diri sendiri. memahami baginda seperti kita memahami diri sendiri.

Nota: tatkala baginda menerima wahyu pertama dari malaikat jibril as,  baginda mengungkapkan kalimat "aku tidak boleh membaca"

kalimat ini melambangkan sifat tawaduk seolah-olah baginda menjawab kepada malaikat jibri as begini "bagaimana Tuhan lantik ku menjadi rasul padahal aku bukanlah termasuk dalam kalangan cendikiawan"

apabila malaikat jibril memeluk baginda nabi tujuannya supaya baginda tunduk atas lantikan Allah dan menerima pelantikan tersebut dengan redha.


Khamis, 1 November 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 9

Saudara yang Hilang

Bangsa Melayu disebut sebut sebagai bangsa yang akan bangkit meninggikan syiar Islam di akhir zaman. Bangsa-bangsa lain akan jadi pembantu sahaja. Dalam siri yang lepas disebutkan tentang kaum dari benua Amerika yang akan memberi bantuan besar kepada imam mahdi yakni kaum asli amerika (selepas ini disebut Amerind) dan bangsa Amerika Latin.

Bangsa Latin akan disebut dalam artikel akan datang atau baca artikel Bangsa Rom. Bab ini akan membincangkan tentang bangsa Amerind. 

Bangsa Akitamerind adalah penduduk terawal di benua 'dunia baru'. Ramai saintis membuat kajian tentang asal-usul mereka. Teori yang diterima oleh majoriti ialah teori hijrah dari Siberia. Menurut teori ini sebahagian penduduk Siberia menemui benua Amerika melalui Alaska.

Kajian oleh Dr. Wallace menggunakan DNA mitokondria mendapati mtDNA bangsa Siberia sediki berbeza dengan mtDNA bangsa Amerind. Beliau mendapati mtDNA bangsa Amerind lebih mirip mtDNA penduduk asia tenggara, kaum malenesia dan polynesia. Beliau membuat hipotesis bahawa penduduk awal asia tenggara berhijrah ke benua Amerika namun hipotesis bagaimana penduduk asia tenggara menemui amerika cuma beliau menggelar penduduk asia tenggara sebagai saudara jauh. 

bangsa amerind pula yakin bahawa mereka mempunyai saudara yang hilang yang mana mereka yakin akan memimpin mereka untuk menyucikan rohaniah mereka dan bersama-sama membina era keemasan. Mereka juga yakin bahawa saudara yanh hilang itu akan mengajar kembali erti kehidupan yang hilang dan cara untuk berkasih sayang setelah semua itu hilang dek arus kemodenan ciptaan Yahudi. Saudara yang hilang itu akan kembalikan kehidupan beragama mereka seperti dahulukala. Kepercayaan mereka terkandung dalam ramalan-ramalan akhir zaman yang diwarisi mereka.

perlu diingat bahawa Islam sudah sampai kepada mereka selewat-lewatnya semasa era Andusia. Mereka menganut Islam selama ratusan tahun sebelum era penjajahan.Sang "mata satu" mungkin tahu rahsia ini sehingga dia mengarahkan para pendokongnya menghapuskan jejak Islam di bumi Amerika.

Kini bangsa Amerind tidak kenal lagi tuhan sebenar. Bila Nabi saw memberitahu jadual Tuhan adakah jadual Tuhan tidak dirancang rapi. 

tugas kita sebenarnya agak berat kerana usaha menghapuskan manusia umumnya dan Islam khususnya berjalan begitu rapi.Islam pasti tertegak walaupun dibenci musuh.