BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 23 Mac 2013

Takziah buat Syh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi

Al Fatihah buat ulama' besar Syria Syaikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi Rh yang syahid ditangan rejim Bashar Al Assad pada 22 Mac 2013

Ulama besar yang cukup kuat menegakkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cukup keras menentang ajaran WAHABI dan SYIAH.

Tarikh kematian beliau adalah tepat 9 setelah kematian ulama' Palestin Syaikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004.

Moga-moga Allah menucuri rahmat kepada roh mereka dan menempatkan mereka di sisi Rasulullah saw



MADAH

Ku titiskan air mata
mendengar khabar
pemergianmu

dikau tidak mengenalku 
tapi kurasa dikau
sangat bererti bagiku

duhai pejuang 
titisan darahmu
tidak sia-sia

titisan peluhmu
seharum kasturi
di sisi Rasul

berbahagia dikau
bersama Rasul
Di alam sana

biar mereka mencemuh
biar mereka mencela
tapi Rasul tidak

wahai pejuang
roh sucimu itu
dirahmati Allah

berbahagialah
wahai syuhada
wahai rijalullah

Khamis, 21 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 Bab 3

Al Hasyimi adalah salah seorang Al Mahdi




Atsar 1
Dari Kitab al-Fitan oleh Nuaim bin Hammad. Imam Jalaluddin as-Suyuti termasuk mereka di dalam buku al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi
Ibnu Munadi berkata bahawa

"Dalam kitab Nabi Daniel  (as), dilaporkan bahawa," As-Sufyani ada tiga dan Imam Mahdi ada tiga. Apabila As-Sufyani pertama muncul dan nama serta kemasyhuran menjadi meluas, Imam Mahdi pertama akan berhadapan dengan dia, Imam Mahdi kedua akan menghadapi As-Sufyani kedua dan Iman Mahdi ketiga akan menghadapi As-Sufyani ketiga dan Allah swt, akan menghantar dia (Imam Mahdi ketiga ) untuk menyelamatkan orang-orang yang telah mengalami kerosakan, dan orang-orang yang beriman. Sunnah akan dihidupkan semula melalui beliau  dan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman akan berakhir melalui beliau. Manusia akan dihargai dan mereka menang atas lawan-lawan mereka pada masa beliau. Satu kehidupan yang indah akanberlaku, dan Bumi dan Langit akan menjadi lebih berkah" 

(Al-Muttaqi Al-Hindi's Al-Burhan fi Alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman) dan (Jalaluddin As-Suyuti Al-'arf al-Wardi fi AkhbarAl-Mahdi , sebahagian daripada Al-Hawi li al-Fatawa)

 Atsar 2
Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Dari Abu Mughairah dan Baqyah dari Sofwan dari Kaab ra:
Al Mansur adalah (salah seorang) Mahdi yang disenangi penduduk langit dan penduduk serta burung-burung di bumi. Dia akan memenangi peperangan dengan Rom dan perang selama 20 tahun. Beliau akan syahid dalam perang besar bersama 2000 orang yang merupakan putera dan komander perang. Umat tidak pernah mengalami kesedihan lebih besar sesudah kewafatan baginda Rasulullah saw.

Atsar 3

 Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Rashdin dari  Ibnu Lahi'a dari Abi Qabil dari Abdullah bin Umro berkata:
 Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, selepasnya ialah Al-Mansur, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom oleh tangannya.


ULASAN

Imam Mahdi bukan satu-satunya orang yang digelar dengan panggilan Al Mahdi. Al Mansur atau Putera Bani Tamim juga merupakan Al Mahdi.

Atsar 1 menceritakan bahawa akan ada 3 Al Mahdi yang akan muncul. Atsar kedua menceritakan Al Mansur merupakan Al Mahdi. Dalam Atsar ketiga dikatakan Al Mansur merupakan Al Mahdi pertengahan atau yang kedua.

Berdasarkan sejarah Sayyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi rh merupakan Imam Mahdi dan beliau merupakan Al Mahdi yang pertama. Setelah pemergian beliau perjuangan diteruskan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad rh yang merupakan Putera Bani Tamim. Kini setelah pemergian Abuya maka pasti akan ada yang meneruskan tugas ini. Beliau merupakan Putera Bani Hasyim atau Al Hasyimi yang akan muncul tidak lama sahaja lagi. Beliau merupakan Al Mahdi ketiga dan dizamannya nanti kota Rom (Vatican) akan ditakluk.Di zaman beliau bermulanya zaman keamanan.

Selasa, 19 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 BAB 2

BAB 2 - TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL HASYIMI RH



Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata:

 "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." 

Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Ulasan

Kemunculan Al-Hasyimi ditandai oleh beberapa peristiwa

  1. Fitnah menjadi bahan mengaut keuntungan
  2. Banjir di negeri Syam
  3. Munculnya pemimpin ahlulbait di bawah 3 bendera menentang pasukan musuh dibawah 7 bendera. Bilangan pasukan pemimpin ahlulbait ini paling sedikit 12 000 orang dan paling banyak 15 000 orang melawan musuh yang tamak kuasa. Tanda pasukan pemimpin ahlulbait ini ialah maut bagi penentangnya.
Setelah muncul Al-Hasyimi barulah dunia kembali aman sehingga datang Dajjal laknatullah. Maksudnya oleh kerana Al-Hasyimi menjadi pendahulu Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim maka tahun keamanan dihitung bermula dari tahun kemunculan Al-Hasyimi. Tahun keamanan ini sekitar 7-9 tahun sebelum Dajjal laknatullah muncul.

Nota
kebiasaannya nubuwat rasul dan para sahabat itu kadang-kadang tidak menyebut satu atau lebih peristiwa dalam kronologi sesuai dengan situasi zaman tersebut para sahabat sangat mengetahui kronologi kejadian di akhir zaman. Jadi bila sahabat bercerita kita perlu menganggap bahawa pendengar pertama sangat mengetahu kejadian sebenar menurut kronologi.

Isnin, 18 Mac 2013

Pasukan Dajjal & Sabah

Kenapa The Hidden Hand Berminat Dengan Sabah?

1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.

Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk 'covert operation' Lahad Datu ketika ini)

Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.

Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...

2. Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu

Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."

Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.

Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber 'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang' ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...

Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.

3. Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.

Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.

1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu' (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.

2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)

Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.

Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.

Sabda Rasulullah SAW :
"Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)

Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops' diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 : 
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation' sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama...

Credit to: Tekok Beriuh.

Sejarah Blog Nur Muhammad

Assalamualaikum
Pernah menghiasi blog ini sewaktu bernama 'Ikhwan Y Asoib'

Saya menceritakan sedikit sejarah blog ini.

Saya pada mulanya sangat berminat tentang isu-isu Imam Mahdi dan akhir zaman. Setelah memahami siapa Abuya sebenarnya 5 tahun lalu maka saya sangat-sangat berharap dapat berjumpa dengan beliau.

Ketika itu saya mula membuat blog tentang Global Ikhwan dan mengisi minda-minda abuya melalui blog bernama 'Anasoib' namun blog ini gagal. Setelah itu saya cuba sekali lagi dengan menukar nama blog 'Anasoib' kepada 'Hamba' namun turut gagal.

Awal tahun sekitar awal 2010 saya membuat domain baru atas alamat malai-ur.blogspot.com dan menamakannya 'Malai-Ur' namun gagal juga akhirnya.

Ketika itu saya berbaiah kepada Abuya melalui mimpi sebanya berberapa kali.

Sebaik sahaja Abuya ghaib sekitar beberapa minggu saya bermimpi Abuya keluar dari kereta mewah dan tiba-tiba hilang dari pandangan. Saya mencari-cari beliau tapi terdapat suara yang mengarahkan "Laksanakan pendidikan Rasulullah saw"

Saya mencari makna perintah ini. Pada mulanya saya menyangkakan arahan itu adalah supaya membaca buku 'Pendidikan Rasulullah saw' karya abuya.

Pada bulan Ramadhan 2010 saya suka bermadah. Namun lama-kelamaan saya dapati mada-madah tersebut serupa dengan minda Abuya.

Ketika itu menerusi firasat saya membuka video GISB tetang Abuya ghaib. Saya mendapati wajah Abuya serupa dengan Habib Ali Batu Pahat yang saya tahu wafat pada hari yang sama dengan hari Abuya ghaib.Ketika itu saya menukar nama blog saya kepada 'Ikhwan Y Asoib'

Ketika saya mula berkenalan dengan Ahli keluarga Abuya dan ahli-ahli GISB ketika itu melalui facebook saya mendapati mereka menggunakan ringkasan seperti ATK dan saya diberi faham setiap makna ringkasan tersebut.

Ketika ahli GISB masih bertawasul dengan Abuya saya diberi Ilham untuk bertawasul atas nama RSA yang ketika itu susunan saya gunakan adalah RAS. Tapi melihat hanya saya menggunakannya saya membuat keputusan menghentikan tawasul itu kerana ahli jemaah tidak melakukannya.

Ketika heboh dikatakan Abuya dan Sayyidi zahir di Mekah, ketika itu saya seolah-olah diberi faham perjalanan kebangkitan Islam. Ketika itu terhasillah siri 'Final Chapter of World History'

Ketika itu saya diberi rasa ingin belajar bahasa sepanyol. Rasa hati itu pada mulanya difahamkan hanya berkaitan dengan kebangkitan Islam. Saya kemudian menumpukan kepada berita-berita bangsa latin memeluk Islam.Pada suatu hari saya mendapati artikel 'Antara Abuya dan Habi Ali ada Rahsia?'  mendapat sambutan hangat maka saya mula bersemangat untuk menulis di dalam blog.

Setelah keluar surat Nur Muhammad saw ke atas Vatican dan dialog pemuda Islam dengan Bishop menjadi popular saya telah menulis artikel yang kontroversi bertajuk 'Rasulullah saw ghaib dan pasti kembali' Seminggu artikel ini disiarkan saya mendapat respon negatif dari seorang pembaca. Akhirnya saya menarik balik artikel tersebut.

Setelah artikel kontroversi ini disiarkan saya mendapati blog dibaca oleh seseorang di ISRAEL. Kemudian saya berhenti menulis  lama kesan daripada artikel kontroversi iti.

Namun akhirnya saya digerakkan untuk menyambung semula namun berlaku perubahan dimana siri 'Final Chapter of World History' ditukar kepada 'Kitab Terakhir Tarwarikh Dunia' dalam tiga versi, bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Ketika ini saya menukar nama blog kepada 'Akhir Zaman'

Sepanjang empat tahun ini saya diberi rasa untuk belajar bahasa sepanyol dan saya diberi faham bahawa ini berkaitan dengan penaklukan Vatican.

Blog in diteruskan walaupun kadang kala tidak diupdate agak lama atas masalah teknikal dan pada April 2012 saya mula namakan blog ini 'Nur Muhammad' setelah mimpi rasulullah yang kedua. Hari saya menamakan blog ini Nur Muhammad berlakunya 2 gempa besar di Aceh yang tidak melibatkan Tsunami.

Kini blog ini tetap hidup walaupun pelbagai rintagaan yang saya hadapi dan  kini saya mula faham bahawa yang dimaksudkan dengan 'laksanakan pendidikan Rasulullah saw' adalah blog ini

sekian

Ahad, 17 Mac 2013

Konspirasi Pembunuhan Melalui Kanser?



Castro, Chavez: a father-son bond until death

Saya mengambil kematian Hugo Chavez sebagai salah satu 'milestone' di dalam fasa pertama era pengakhiran masa. Kematian Hugo Chavez memudahkan lagi kerja konco-konco di dalam sistem Dajja.   Ada pihak yang pelek dengan ramainya pemimpin di negara Amerika Latin yang secara serentak mendapat penyakit kanser.

 “How did it happen that six leaders of Latin American countries which had criticized US policies and tried to create an influential alliance in order to be independent and sovereign states, fell ill simultaneously with the same disease?” Gennady Zyuganov,  leader of Russia’s Communist party,  said in comments carried by Russian state television.

Siapakah keenam-enam pemimpin negara Amerika Latin yang kena kanser dalam jangka waktu  yang lebih kurang sama itu?

1.  Hugo Chavev - Presiden Venezuela, dijangkiti kanser pelvik sejak tahun 2011 dan telah meninggal 5 Mac, 2013 lalu.

2. Presiden Brazil  -  Dilma Rousseff, di rawat untuk kanser limfa sejak tahun 2009

3. Presiden Paraguay -  Fernando Lugo, dijangkiti tumor sejak tahun 2010

4. Bekas Presiden Brazil -  Luiz Inácio Lula da Silva, dijangkiti kanser tekak sejak tahun 2011

5.  Presiden Argentina - Cristina Fernández de Kirchner, dijangkiti kanser tiroid sejak tahun 2011 namun setelah tiroidnya dikeluarkan disahkan tiada kanser ditemui.

6. Presiden Colombia - Juan Manuel Santos, dijangkiti kanser prostat sejak tahun 2012.

Mendiang Presiden Hugo Chavez juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah dijangkiti penyakit kanser dengan secara sengaja oleh si 'devil' yakni pihak USA .

“Fidel [Castro] always told me, ‘Chávez take care. These people have developed technology. You are very careless. Take care what you eat, what they give you to eat … a little needle and they inject you with I don’t know what,’ he said in late 2011 after he had been diagnosed with cancer,” Chavez said.
Banyak cara untuk membunuh musuh, kalau tak ditembak, kasi penyakit pun bawa maut juga.

Nota

 Difahamkan kanser merupakan kesan dari sihir dajjal laknatullah dan konco-konconya kepada sesiapa sahaja yang menentang mereka. sihir kasar sihir nyata yang kita nampak kesannya manakala sihir halus akan tumbuh secara perlahan dalam tubuh dan lama kelamaan akan menzahir menjadi penyakit kronik seperti kanser.

Al Hasyimi ITRKI V2 - Bab 1

Bab 1 - Al Hasyimi Figure Kebangkitan Islam Kedua


Akhir zaman ada beberapa figure utama dalam peristiwa kebangkitan Islam iaitu
1. Imam Mahdi
2. Putera Bani Tamim
3. Al-Hasyimi
4. Haris Harras


Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui sekalipun ada yang tidak mengiktiraf Putera Bani Tamim yang saya maksudkan. 
Akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri. 

Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah. Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah dikenali individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya.

Siapa Al-Hasyimi?

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa.
Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlul bait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi. 
Apa peranannya?
 
peranan beliau adalah

1.Pencetus kepada Daulah di Malaysia
2.Pembantu kepada Putera Bani Tamim
3.Bergabung dengan PBT  dan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani
4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra 
5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat
Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah RSA dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui.
Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor RSA dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah.

Al-Hasyimi nanti akan bergabung dengan PBT dan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani. Semasa misi ke Baitul Maqdis mereka kalah lalu Al-Hasyimi menghilangkan diri hingga disangka terbunuh. Sebenarnya beliau berundur ke Mekah Menyambut kemunculan Imam Mahdi di khalayak ramai. Setelah itu beliau kembali pada PBT dan meneruskan misi rahsia ke Baitul Maqdis dan bertemu Imam Mahdi di sana.PBT kemudian akan serah kuasa daulah kepada Imam Mahdi. 

Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.

Sabtu, 16 Mac 2013

Pope Terakhir memainkan peranan bayangan Dajjal


 
Imej ini dirakam di Florida Selatan Amerika Syarikat.

Beratus penduduk di Florida Selatan melihat  kejadian awan berbentuk Malaikat. Kejadian ini dikatakan berlaku sebaik sahaja Pope Francis I ditabalkan.

Mungkinkah Pope Terakhir ini sudah mula melaksanakan tugasnya sebagai bayangan Dajjal Laknatullah?

Sekian Wallahu a'lam

Jumaat, 15 Mac 2013

Al-Hasyimi ITRKI V2 - Pendahuluan

 Al- Hasyimi Identiti Terahsia Kebangkitan Islam Vol 2

Pendahuluan


Bismillahi ar-rahman ar-rahim
As-solatu 'alan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Puji-pujian buat Allah tuhan penguasa semesta Alam. Selawat dan salam ke atas paduka baginda Nur Muhammad saw. Terima kasih buat Sayyidi Imam Mahdi dan Abuya Fata At Tamimi.

Kerana keagungan Allah dan keberkatan RSA saya hamba yang lemah ini dapat ilmu yang tidak dikurniakan kepada sesiapa pun kecuali sesiapa yang dikehendakiNya.

Kita sudah masuk fasa teragung dalam sejarah manusia. Fasa pertembungan dua individu yang dijanjikan di akhir zaman yakni Imam Mahdi alaihis salam dan Dajjal laknatullah.

Sejak zaman Nabi Adam as manusia dikhabarkan bahawa suatu masa dalam sejarah manusia akan tiba satu masa agung dimana berlakunya peristiwa maha dahsyat yang tak pernah dirasai sejak alam ini diciptakan.

Kita yang hidup pada hari ini hendak dikatakan bertuah boleh juga hendak dikatakan sangat malang boleh juga.

Inilah masanya, masa teragung yang dijanjikan Allah sejak penciptaan Alam. Kitalah yang terpilih.

Ada manusia tercari-cari siapakah Imam Mahdi. Ada yang menemui Putera Bani Tamim bagi mendapatkan Imam Mahdi namun Allah dan Rasul menyimpan seribu satu rahsia dalam jadual Allah yang berlaku di akhir zaman untuk memastikan bahawa kebenaran pasti menang walau apa cara sekalipun.

Jadual Allah adalah rahsia perjalanan sejarah manusia yang dititipkan pada paduka baginda Nur Muhammad saw. Jadual Allah ini kemudian dititipkan kepada Sayyidina Mahdi as.

Sebaik sahaja Sayyidina Mahdi as bersembunyi di Alam Roh maka Jadual Allah itu dititpkan kepada Sayyidina At Tamimi as.

Kini sesudah pemergian Sayyidina At Tamimi as ke Alam Roh maka manusia menjadi bingung siapakah yang akan melaksanakan jadual Allah? Adakah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim akan muncul tiba-tiba?

Di saat kekosongan ini sorang wasilah telah dilantik bagi membantu komunikasi RSA dengan jemaah kebenaran.

Tapi di luar sana tiada siapa tahu bahawa Allah dan Rasul mengutuskan seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya. Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini pernah diperjuangkan Putera Bani Tamim.

Namun sejak akhir-akhir ini nama itu dilupakan dan berlaku salah penggunaan jawatan ini kepada yang bukan pemiliknya.

Saya sebagai penulis telah diamanahkan RSA untuk mempromosi semula nama yang telah luput dari ingatan manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul.

Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala)

Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang RSA berada di belakangnya.

Perlu saya jelaskan bahawa saya hanya diamanahkan mempromosikan Al-Hasyimi yang sehingga kini dirahsiakan. Saya sendiri tidak diberitahu siapakah dia secara susuk tubuh. RSA sedang menyiapkan insan bertuah ini demi menjadikan kebangkitan ummah berjalan menurut jadual Allah.

Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu.

Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman. Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehandaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia. Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya.

Al-Hasyimi ITRKI Vol 2 adalah update kepada Al-Hasyimi ITRKI berdasarkan maklumat-maklumat terkini dan diterbitkan atas pemintaan.

Sekian

LUAHAN HATI

Ku diistimewakan dengan minda
jatuh ke lubuk hati
RSA memilihku dan menyokongku
Ku diamanahkan 
dengan sesuatu amanah
 Ku laksanakan hanya
kerana tanggungjawab
Ku dihadiahkan dengan
firasat dan mimpi
yang benar
walaupun tidak layak
Ku hanya ingin satu
Supaya tidak dikenal
Bahkan biarlah daku
menjadi rahsia
dari pandangan manusia
sepertimana
Uwais Al-Qarni 


Al-Hasyimi ITRKI Vol 2

AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN AKHIR ZAMAN Volume 2


  • Hadis Tambahan tentang Al-Hasyimi

  • Minda Abuya tentang Al Hasyimi

  • Gelaran Al-Hasyimi

  • Kenapakah Al-Hasyimi terahsia?

  • Kisah Al-Hasyimi vs Talut

  • Bolehkah Imam Mahdi Islamkan dunia tanpa Al Hasyimi?

Gambar Hiasan

Khamis, 14 Mac 2013

Kenapa Paus dari Amerika Latin?

 

Telah rasmi bahawa paus terakhir adalah Pope Francis I yang berasal dari Argentina.

Argentina

Persoalannya kenapa paus baru dilantik dari negara Amerika Latin bukan Eropah atau Afrika atau Asia?

Jawapannya ialah kerana pasukan Dajjal amatt faham bahawa pemimpin umat Islam di akhir zaman yakni Imam Mahdi dilahirkan di hujung timur yakni Nusantara.

Kebangkitan agama Nur Muhammad saw kali kedua adalah dari hujung timur.

Namun Nur Muhammad saw pernah mengkhabarkan bahawa panji Imam Mahdi datang dari dua hujung dunia yakni Panji Hitam dari Hujung Timur dan Panji Putih-Kuning dari Hujung Barat (Maghrib Al-Aqsa)
Pasukan Dajjal cuba menundukkan Hujung Timur namun usaha mereka gagal. Cubaan mereka ialah 'penyerangan tentera Sulu ke atas Sabah' namun usaha mereka mendapat kehinaan kerana rancangan mereka dihidu lebih awal.
Pasukan Dajjal sekarang bimbangkan pasukan kedua dari Hujung Barat tepatnya dari negeri Amerika Latin. Akhirnya demi menghalang pasukan kedua maka mereka memilih Paus dari salah sebuah negeri Hujung Barat dengan harapan pasukan Imam Mahdi akan dihapuskan di sana.

Difahamkan Pasukan dari 5 negara barat akan menyertai Imam Mahdi. Akhir-akhir ini penduduk Amerika Latin sudah mula ingin mengenali Islam. Mereka mula mahukan makanan Halal sehingga dibuat ekspo makanan Halal di merata Amerika Latin.

Pasukan Dajjal yang selama ini menguasai benua Amerika terkejut melihat situasi di Amerika Latin yang inginkan Islam lebih dari tempat lain. Bahkan para pemimpin mereka sangat lantang memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin.

Sekarang pasukan Dajjal sudah menarik nafas lega kerana orang-orang yang mendukung Islam sudah dibunuh. Negara-negara hujung barat di tangan mereka melalui Paus terbaru mereka.

Kini demi menghalang kebangkitan Islam mereka pasti akan memberikan tumpuan kepada Nusantara atau hujung timur supaya kebangkitan Imam Mahdi tidak berlaku.

Jadual Allah pasti akan berlaku juga.

Sekian Wallahu a'lam.

Pope Francis I Fitnah Dajjal Terawal

Pope Terakhir tidak di namakan Peter Roman II

Ramai pengkaji kospirasi gagal melihat fakta ini.

Ramai menyangka Pope Terakhir akan diberi nama Peter Roman II paling tidak ada kaitan dengan Peter namun Pope Francis I dilihat tidak menepati ramalan terakhir St Malachy.
Peter Roman II hanya dikenal pendokong Imam Mahdi.

Jangan terkejut jika Pope Francis tidak membuat perubahan drastik dalam pentadbiran Vatican bahkan akan membersihkan Vatican sehingga kita melihat tiada pengaruh ajaran Syaitan dalam pentadbirannya.

Jangan terkejut jika Pope Francis mengajak umat Islam dan Kristian bersatu dan berbaik-baik.

Pengkaji kospirasi dari kalangan kaum Kristian sudah putus asa bahawa Pope Peter Roman II akan muncul padahal mereka lupa Pope Benedict disebut dalam ramalan St Malachy sebagai 'Glory of Olive'

Dengan kehadiran Pope Francis manusia akan lupa pada kehadiran Dajjal/Anti Christ kerana kita tidak dapat melihat sisi buruk pada Paus ini.
Inilah sebabnya Pope Francis digelar Paus Tanpa Wajah atau Paus Wajah Terhijab.

Manusia takkan melihat wajah sebenar Pope Francis kerana kegiatannya membantu Dajjal sangat terahsia lebih rahsia dari kegiatan Pope Benedict sendiri.

St Malachy sendiri sudah tentulah wakil Dajjal yang merancang semua ini. Dajjal membiarkan manusia percaya bahawa paus terakhir pasti bernama Peter Roman namun bila berlaku sebaliknya maka manusia mula tidak percaya St Malachy menyebabkan pergerakkan Dajjal berjalan lancar.

Pelbagai fitnah tersembunyi akan muncul yang takkan disedari manusia kerana hanya Orang yang Dikehedaki Allah dapat melihatnya.

Pope Francis I Jesuit pertama menjadi Paus

Apakah itu Jesuit

Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.
 
Pope Francis I merupakan Jesuit Pertama menjadi Paus

Kardinal Jorge Bergoglio disahkan sebagai Jesuit pertama dalam sejarah yang menjadi Paus. Tidak ada satu pun Paus Katolik secara terang merupakan penganut Jesuit dan Pope Francis merupakan yang pertama.

Kehadiran Pope Francis I akan membawa perubahan besar kepada ajaran Kristian umumnya.

Pergerakan Jesuit biasanya dilakukan hanya dalam gereja namun di era hampirnya kemunculan Dajjal laknatullah maka Dajjal secara terang terangan memilih para pembantunya untuk memimpin gereja Vatican.

Pope Francis I menyatakan bahawa dirinya sebagai "from the ends of the Earth"



vatican-elects-first-jesuit-pope-francis-I