BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 17 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 - Bab 1

Bab 1 - Al Hasyimi Figure Kebangkitan Islam Kedua


Akhir zaman ada beberapa figure utama dalam peristiwa kebangkitan Islam iaitu
1. Imam Mahdi
2. Putera Bani Tamim
3. Al-Hasyimi
4. Haris Harras


Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui sekalipun ada yang tidak mengiktiraf Putera Bani Tamim yang saya maksudkan. 
Akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri. 

Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah. Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah dikenali individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya.

Siapa Al-Hasyimi?

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa.
Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlul bait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi. 
Apa peranannya?
 
peranan beliau adalah

1.Pencetus kepada Daulah di Malaysia
2.Pembantu kepada Putera Bani Tamim
3.Bergabung dengan PBT  dan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani
4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra 
5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat
Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah RSA dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui.
Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor RSA dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah.

Al-Hasyimi nanti akan bergabung dengan PBT dan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani. Semasa misi ke Baitul Maqdis mereka kalah lalu Al-Hasyimi menghilangkan diri hingga disangka terbunuh. Sebenarnya beliau berundur ke Mekah Menyambut kemunculan Imam Mahdi di khalayak ramai. Setelah itu beliau kembali pada PBT dan meneruskan misi rahsia ke Baitul Maqdis dan bertemu Imam Mahdi di sana.PBT kemudian akan serah kuasa daulah kepada Imam Mahdi. 

Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.

Tiada ulasan: