BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 19 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 BAB 2

BAB 2 - TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL HASYIMI RH



Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata:

 "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." 

Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Ulasan

Kemunculan Al-Hasyimi ditandai oleh beberapa peristiwa

  1. Fitnah menjadi bahan mengaut keuntungan
  2. Banjir di negeri Syam
  3. Munculnya pemimpin ahlulbait di bawah 3 bendera menentang pasukan musuh dibawah 7 bendera. Bilangan pasukan pemimpin ahlulbait ini paling sedikit 12 000 orang dan paling banyak 15 000 orang melawan musuh yang tamak kuasa. Tanda pasukan pemimpin ahlulbait ini ialah maut bagi penentangnya.
Setelah muncul Al-Hasyimi barulah dunia kembali aman sehingga datang Dajjal laknatullah. Maksudnya oleh kerana Al-Hasyimi menjadi pendahulu Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim maka tahun keamanan dihitung bermula dari tahun kemunculan Al-Hasyimi. Tahun keamanan ini sekitar 7-9 tahun sebelum Dajjal laknatullah muncul.

Nota
kebiasaannya nubuwat rasul dan para sahabat itu kadang-kadang tidak menyebut satu atau lebih peristiwa dalam kronologi sesuai dengan situasi zaman tersebut para sahabat sangat mengetahui kronologi kejadian di akhir zaman. Jadi bila sahabat bercerita kita perlu menganggap bahawa pendengar pertama sangat mengetahu kejadian sebenar menurut kronologi.

Tiada ulasan: