BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 21 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 Bab 3

Al Hasyimi adalah salah seorang Al Mahdi




Atsar 1
Dari Kitab al-Fitan oleh Nuaim bin Hammad. Imam Jalaluddin as-Suyuti termasuk mereka di dalam buku al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi
Ibnu Munadi berkata bahawa

"Dalam kitab Nabi Daniel  (as), dilaporkan bahawa," As-Sufyani ada tiga dan Imam Mahdi ada tiga. Apabila As-Sufyani pertama muncul dan nama serta kemasyhuran menjadi meluas, Imam Mahdi pertama akan berhadapan dengan dia, Imam Mahdi kedua akan menghadapi As-Sufyani kedua dan Iman Mahdi ketiga akan menghadapi As-Sufyani ketiga dan Allah swt, akan menghantar dia (Imam Mahdi ketiga ) untuk menyelamatkan orang-orang yang telah mengalami kerosakan, dan orang-orang yang beriman. Sunnah akan dihidupkan semula melalui beliau  dan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman akan berakhir melalui beliau. Manusia akan dihargai dan mereka menang atas lawan-lawan mereka pada masa beliau. Satu kehidupan yang indah akanberlaku, dan Bumi dan Langit akan menjadi lebih berkah" 

(Al-Muttaqi Al-Hindi's Al-Burhan fi Alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman) dan (Jalaluddin As-Suyuti Al-'arf al-Wardi fi AkhbarAl-Mahdi , sebahagian daripada Al-Hawi li al-Fatawa)

 Atsar 2
Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Dari Abu Mughairah dan Baqyah dari Sofwan dari Kaab ra:
Al Mansur adalah (salah seorang) Mahdi yang disenangi penduduk langit dan penduduk serta burung-burung di bumi. Dia akan memenangi peperangan dengan Rom dan perang selama 20 tahun. Beliau akan syahid dalam perang besar bersama 2000 orang yang merupakan putera dan komander perang. Umat tidak pernah mengalami kesedihan lebih besar sesudah kewafatan baginda Rasulullah saw.

Atsar 3

 Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Rashdin dari  Ibnu Lahi'a dari Abi Qabil dari Abdullah bin Umro berkata:
 Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, selepasnya ialah Al-Mansur, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom oleh tangannya.


ULASAN

Imam Mahdi bukan satu-satunya orang yang digelar dengan panggilan Al Mahdi. Al Mansur atau Putera Bani Tamim juga merupakan Al Mahdi.

Atsar 1 menceritakan bahawa akan ada 3 Al Mahdi yang akan muncul. Atsar kedua menceritakan Al Mansur merupakan Al Mahdi. Dalam Atsar ketiga dikatakan Al Mansur merupakan Al Mahdi pertengahan atau yang kedua.

Berdasarkan sejarah Sayyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi rh merupakan Imam Mahdi dan beliau merupakan Al Mahdi yang pertama. Setelah pemergian beliau perjuangan diteruskan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad rh yang merupakan Putera Bani Tamim. Kini setelah pemergian Abuya maka pasti akan ada yang meneruskan tugas ini. Beliau merupakan Putera Bani Hasyim atau Al Hasyimi yang akan muncul tidak lama sahaja lagi. Beliau merupakan Al Mahdi ketiga dan dizamannya nanti kota Rom (Vatican) akan ditakluk.Di zaman beliau bermulanya zaman keamanan.

1 ulasan:

mohd jihad berkata...

Moga kita bersama dengan orang NYA. Amin