BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 15 Mac 2013

Al-Hasyimi ITRKI V2 - Pendahuluan

 Al- Hasyimi Identiti Terahsia Kebangkitan Islam Vol 2

Pendahuluan


Bismillahi ar-rahman ar-rahim
As-solatu 'alan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Puji-pujian buat Allah tuhan penguasa semesta Alam. Selawat dan salam ke atas paduka baginda Nur Muhammad saw. Terima kasih buat Sayyidi Imam Mahdi dan Abuya Fata At Tamimi.

Kerana keagungan Allah dan keberkatan RSA saya hamba yang lemah ini dapat ilmu yang tidak dikurniakan kepada sesiapa pun kecuali sesiapa yang dikehendakiNya.

Kita sudah masuk fasa teragung dalam sejarah manusia. Fasa pertembungan dua individu yang dijanjikan di akhir zaman yakni Imam Mahdi alaihis salam dan Dajjal laknatullah.

Sejak zaman Nabi Adam as manusia dikhabarkan bahawa suatu masa dalam sejarah manusia akan tiba satu masa agung dimana berlakunya peristiwa maha dahsyat yang tak pernah dirasai sejak alam ini diciptakan.

Kita yang hidup pada hari ini hendak dikatakan bertuah boleh juga hendak dikatakan sangat malang boleh juga.

Inilah masanya, masa teragung yang dijanjikan Allah sejak penciptaan Alam. Kitalah yang terpilih.

Ada manusia tercari-cari siapakah Imam Mahdi. Ada yang menemui Putera Bani Tamim bagi mendapatkan Imam Mahdi namun Allah dan Rasul menyimpan seribu satu rahsia dalam jadual Allah yang berlaku di akhir zaman untuk memastikan bahawa kebenaran pasti menang walau apa cara sekalipun.

Jadual Allah adalah rahsia perjalanan sejarah manusia yang dititipkan pada paduka baginda Nur Muhammad saw. Jadual Allah ini kemudian dititipkan kepada Sayyidina Mahdi as.

Sebaik sahaja Sayyidina Mahdi as bersembunyi di Alam Roh maka Jadual Allah itu dititpkan kepada Sayyidina At Tamimi as.

Kini sesudah pemergian Sayyidina At Tamimi as ke Alam Roh maka manusia menjadi bingung siapakah yang akan melaksanakan jadual Allah? Adakah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim akan muncul tiba-tiba?

Di saat kekosongan ini sorang wasilah telah dilantik bagi membantu komunikasi RSA dengan jemaah kebenaran.

Tapi di luar sana tiada siapa tahu bahawa Allah dan Rasul mengutuskan seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya. Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini pernah diperjuangkan Putera Bani Tamim.

Namun sejak akhir-akhir ini nama itu dilupakan dan berlaku salah penggunaan jawatan ini kepada yang bukan pemiliknya.

Saya sebagai penulis telah diamanahkan RSA untuk mempromosi semula nama yang telah luput dari ingatan manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul.

Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala)

Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang RSA berada di belakangnya.

Perlu saya jelaskan bahawa saya hanya diamanahkan mempromosikan Al-Hasyimi yang sehingga kini dirahsiakan. Saya sendiri tidak diberitahu siapakah dia secara susuk tubuh. RSA sedang menyiapkan insan bertuah ini demi menjadikan kebangkitan ummah berjalan menurut jadual Allah.

Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu.

Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman. Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehandaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia. Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya.

Al-Hasyimi ITRKI Vol 2 adalah update kepada Al-Hasyimi ITRKI berdasarkan maklumat-maklumat terkini dan diterbitkan atas pemintaan.

Sekian

LUAHAN HATI

Ku diistimewakan dengan minda
jatuh ke lubuk hati
RSA memilihku dan menyokongku
Ku diamanahkan 
dengan sesuatu amanah
 Ku laksanakan hanya
kerana tanggungjawab
Ku dihadiahkan dengan
firasat dan mimpi
yang benar
walaupun tidak layak
Ku hanya ingin satu
Supaya tidak dikenal
Bahkan biarlah daku
menjadi rahsia
dari pandangan manusia
sepertimana
Uwais Al-Qarni 


Tiada ulasan: