BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 11 Mac 2013

Apa rahsia di balik tarikh 24?

Assalamualaikum
Kita sedia maklum bahawa kita berada tahun 1434H.

Dibanding dengan tahun masihi tarikh kebesaran Islam jatuh pada 24 haribulan pada dua bulan yang berbeza.

Hari Asyura 10 Muharram = 24 November 2012

Maulid Rasul 12 Rabiulawal = 24 Januari 2013

Bagi yang belum mengetahui kalendar Maya dikatakan berakhir pada 23 Disember 2012 (alternatif kepada pendapat tarikh 21 Disember 2012). Ini bermakna jika bangsa Maya wujud kalendar baru mereka bermula pada 24 Disember 2012. Ada mengatakan hari itu berlakunya Penjajaran galaksi wallahu a'lam.

Pada tahun 2012 tarikh 24 Disember mempunyai susunan yang cantik yakni 24.12.12

Rasulullah saw pula meninggalkan dunia 1424 tahun yang lalu.
Pada tarikh 24 Disember 2012 ada dua peristiwa ganjil yang berlaku yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri yakni.

  • Cahaya seolah-olah kilat memancar dari bumi ke langit pada waktu subuh (tidak kedengaran pula bunyi kilat)
  • Suasana redup sepanjang hari seolah-olah malam sebelumnya adalah Lailatulqadar. Suasana ini berterusan hingga 26 Disember dimana suasana redup beransur-ansur kurang.
Saya masih belum mendapat jawapan tentang apa yang berlaku pada tarikh tersebut dan kenapa tarikh 24 Disember diapit dengan 2 peristiwa besar Islam yang mempunyai tarikh sama mengikut tahun Masihi yakni 24 haribulan.

Jika disusun

24 November 2012 = 10 Muharram 1434
24 Disember 2012 = 11 Safar 1434
24 Januari 2012 = 12 Rabiulawal 1434

Dalam Al-Quran surah ke 24 ialah surah An-Nur

Secara peribadinya tarikh 24 Disember 2012 ialah tarikh di mana saya mencecah umur 24 Tahun

Allah lebih mengetahui hal-hal ghaib.

 

Tiada ulasan: