BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 18 Mac 2013

Sejarah Blog Nur Muhammad

Assalamualaikum
Pernah menghiasi blog ini sewaktu bernama 'Ikhwan Y Asoib'

Saya menceritakan sedikit sejarah blog ini.

Saya pada mulanya sangat berminat tentang isu-isu Imam Mahdi dan akhir zaman. Setelah memahami siapa Abuya sebenarnya 5 tahun lalu maka saya sangat-sangat berharap dapat berjumpa dengan beliau.

Ketika itu saya mula membuat blog tentang Global Ikhwan dan mengisi minda-minda abuya melalui blog bernama 'Anasoib' namun blog ini gagal. Setelah itu saya cuba sekali lagi dengan menukar nama blog 'Anasoib' kepada 'Hamba' namun turut gagal.

Awal tahun sekitar awal 2010 saya membuat domain baru atas alamat malai-ur.blogspot.com dan menamakannya 'Malai-Ur' namun gagal juga akhirnya.

Ketika itu saya berbaiah kepada Abuya melalui mimpi sebanya berberapa kali.

Sebaik sahaja Abuya ghaib sekitar beberapa minggu saya bermimpi Abuya keluar dari kereta mewah dan tiba-tiba hilang dari pandangan. Saya mencari-cari beliau tapi terdapat suara yang mengarahkan "Laksanakan pendidikan Rasulullah saw"

Saya mencari makna perintah ini. Pada mulanya saya menyangkakan arahan itu adalah supaya membaca buku 'Pendidikan Rasulullah saw' karya abuya.

Pada bulan Ramadhan 2010 saya suka bermadah. Namun lama-kelamaan saya dapati mada-madah tersebut serupa dengan minda Abuya.

Ketika itu menerusi firasat saya membuka video GISB tetang Abuya ghaib. Saya mendapati wajah Abuya serupa dengan Habib Ali Batu Pahat yang saya tahu wafat pada hari yang sama dengan hari Abuya ghaib.Ketika itu saya menukar nama blog saya kepada 'Ikhwan Y Asoib'

Ketika saya mula berkenalan dengan Ahli keluarga Abuya dan ahli-ahli GISB ketika itu melalui facebook saya mendapati mereka menggunakan ringkasan seperti ATK dan saya diberi faham setiap makna ringkasan tersebut.

Ketika ahli GISB masih bertawasul dengan Abuya saya diberi Ilham untuk bertawasul atas nama RSA yang ketika itu susunan saya gunakan adalah RAS. Tapi melihat hanya saya menggunakannya saya membuat keputusan menghentikan tawasul itu kerana ahli jemaah tidak melakukannya.

Ketika heboh dikatakan Abuya dan Sayyidi zahir di Mekah, ketika itu saya seolah-olah diberi faham perjalanan kebangkitan Islam. Ketika itu terhasillah siri 'Final Chapter of World History'

Ketika itu saya diberi rasa ingin belajar bahasa sepanyol. Rasa hati itu pada mulanya difahamkan hanya berkaitan dengan kebangkitan Islam. Saya kemudian menumpukan kepada berita-berita bangsa latin memeluk Islam.Pada suatu hari saya mendapati artikel 'Antara Abuya dan Habi Ali ada Rahsia?'  mendapat sambutan hangat maka saya mula bersemangat untuk menulis di dalam blog.

Setelah keluar surat Nur Muhammad saw ke atas Vatican dan dialog pemuda Islam dengan Bishop menjadi popular saya telah menulis artikel yang kontroversi bertajuk 'Rasulullah saw ghaib dan pasti kembali' Seminggu artikel ini disiarkan saya mendapat respon negatif dari seorang pembaca. Akhirnya saya menarik balik artikel tersebut.

Setelah artikel kontroversi ini disiarkan saya mendapati blog dibaca oleh seseorang di ISRAEL. Kemudian saya berhenti menulis  lama kesan daripada artikel kontroversi iti.

Namun akhirnya saya digerakkan untuk menyambung semula namun berlaku perubahan dimana siri 'Final Chapter of World History' ditukar kepada 'Kitab Terakhir Tarwarikh Dunia' dalam tiga versi, bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Ketika ini saya menukar nama blog kepada 'Akhir Zaman'

Sepanjang empat tahun ini saya diberi rasa untuk belajar bahasa sepanyol dan saya diberi faham bahawa ini berkaitan dengan penaklukan Vatican.

Blog in diteruskan walaupun kadang kala tidak diupdate agak lama atas masalah teknikal dan pada April 2012 saya mula namakan blog ini 'Nur Muhammad' setelah mimpi rasulullah yang kedua. Hari saya menamakan blog ini Nur Muhammad berlakunya 2 gempa besar di Aceh yang tidak melibatkan Tsunami.

Kini blog ini tetap hidup walaupun pelbagai rintagaan yang saya hadapi dan  kini saya mula faham bahawa yang dimaksudkan dengan 'laksanakan pendidikan Rasulullah saw' adalah blog ini

sekian

3 ulasan:

wangsa berkata...

as salam sdr Malai-Ur,

teruskan penulisan sdr utk membuka puzzle akhir-zaman yg berserakan disana-sini

sdr diamanahkan dgn kunci2 tersebut

selamat menulis
semoga sentiasa dbantu serta diberi keselamatan

mohd jihad berkata...

Moga di bantu

mohd jihad berkata...

Assalam.... Mudahan blog ini sentiasa memberi info terkini mengenai era terus menuju kemenangan.
Mudahan Sdra teruS di bantu....