BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 1 April 2013

Ulasan peristiwa yang berlaku kpd GISB Mekah




Assalamualaikum

saya menerima komen seperti berikut
Salam sdra malai-ur..saya ada terbaca dlm utusan malaysia yg ummu jah dan ahli syarikat GISB tlh ditangkap di Mekah ats tuduhan mengamalkan ajaran sesat dn bid'ah.apa pndgn sdra? 

 ULASAN
 
Apa yang berlaku kepada GISB bukanlah baru. Hal ini sudah berlaku lama dahulu. 

Semua yang terjadi berkisar perbalahan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di pihak GISB dengan fahaman Wahabi di piha Arab Saudi.

Sejarah Wahabi penuh berdarah. Ketika awal wujudnya gerakkan Wahabi, ramai ulama dan keturunan Rasulullah saw dibunuh.

Sejarah Wahabi terbahagi kepada 2 yakni 

Fasa Pertama kemunculan Ibnu Abdul Wahab yang menyebar ajaran bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan yang tidak ada dalam Al-Quran dan Hadis maka ianya Bidaah. Pelaku Bidaah adalah sesat. Orang sesat wajib diperangi.

walhasil berlaku penaklukan Mekah dan Madinah yang Penuh berdarah. Ada ulama' yang dipancung kepala hanya kerana berselawat sebelum melaungkan Azan. Penduduk haramain dikepung hingga ke tahap darurat.

Gerakan ini berjaya dibanteras oleh Khalifah Utsmaniah ketika itu. Namun setelah kejatuhan Khilafah Utsmaniah  melalui tangan Mustafa Kamal Attartuk maka gerakan wahabi ini kembali.

Fasa kedua bila mana Syarif Hussin, gabenor Mekah ketika itu diusir dengan bantuan British.  Kerajaan Arab saudi ditubuhkan dan diperintah oleh keluarga Saud.

Kerajaan Arab saudi dengan bantuan gerakkan Yahudi menyebar ajaran wahabi ke seluruh dunia. Dan keturunan Rasulullah saw diusir dan dibunuh. peninggalan Rasulullah saw dan para sahabat dimusnahkan. 

Sehingga kini pertembungan Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah belum berakhir.

Apa-apa yang berlaku kepada jemaah bukan kerana mereka sesat disisi Allah sebaliknya sesat disisi Wahabi dan Yahudi.


Sejarah berulang kembali seperti zaman Imam Ahmad B Hanbal yg dipenjara kerana menantang ajaran Muktazilah.

Ya sejarah sedang berulang. Fahami ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Namun malangnya ajaran Wahabi sedang diserap secara halus ke dalam hati rakyat Malaysia. caranya sangat halus sekali hingga kita tidak melihatnya. 

Ketika ada ulama' Ahli sunnah wal jamaah bangkit mempertahankan fahaman ASWJ sejati, puak syiah mengambil kesempatan ini untuk menyuntik virus syiah kepada rakyat Malaysia.

Wahabi-Syiah sedang bersatu untuk menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah realiti yang berlaku.

Dajjal laknatullah merencanakan rancangan terhebat bagi menghalang kebangkitan Islam kali kedua dan kebangkitan Imam Mahdi.

Namun musuh-musuh Allah terpedaya dengan perbuatan mereka yang hanya akan membantu kebangkitan Islam kedua ini.

Ya, sekutu-sekutu Wahabi dan Syiah yang selama ini mendokong ini akan berpaling tadah membantu Imam Mahdi memusnahkan mereka.

Tiada kesedihan bagi pejuang kebenaran kerana janji Allah itu benar. Janji Allah itu pasti dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Jika pejuang mati di dalam penjara sekalipun bukan kerana mereka salah. Lihat pejuang-pejuang kebenaran terdahulu yang mengalami nasib yang sama.

Dunia telah dirosakkan akarnya namun akar baru sedang tumbuh untuk menumbangkan pohon dunia yang telah mereput


Sekian

Tiada ulasan: