BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 6 Mei 2013

Perutusan sempena keputusan PRU 13

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Selawat dan Salam buat baginda yang termulia antara makhluk baginda nur muhammad saw

Barakah Allah buat Sayyidina Mahdi as dan Fata At Tamimi ra

Pilihan Raya Umum ke 13 baru tamat dan kita mengetahui keputusannya. Ada yang gembira Ada yang berduka.

Pilihan raya 13 melihatkan persaingan sengit antara dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan keputusan memihak kepada Barisan Nasional. Tahniah atas mandat yang diberikan untuk kali ke 13 ini. 

PRU ke 13 bukan hanya melihatkan pertarungan kerajaan-pembangkang bahkan lebih besar dari itu yakni peperangan untuk menentukan nasib bumi yang dijanjikan ini.

Dua pihak telah bertarung yakni pihak orang Allah dan pihak musuh Allah.

Pihak musuh Allah mahu menggagalkan Daulah yang dijanjikan manakala pihak orang Allah bekerja bagi memastikan rancangan pihak musuh Allah yakni konco-konco dajjal gagal.

Musuh Allah cuba menggagalkan daulah sejak penyerangan lahad datu namun mereka kalah dengan cara yang memalukan. Kini mereka cuba menguasai barisan parlimen dengan harapan dapat menghancurkan Malaysia sehancur-hancurnya.

Semboyan perang ditiupkan manakala hati-hati pengundi adalah tenteranya. Bertempurlah mereka dan akhirnya Allah membuat keputusan. Rencana musuh Allah GAGAL.

Buat umat Islam di bumi Malaysia ini, kemenangan BN adalah amanah Allah untuk menjaga bumi daulah dari dihancurkan oleh musuh-musuh Allah yang sangat menguasai minda rakyat Malaysia. BN bukan pemenang tapi hanya penyandang amanah sementara hingga tibanya Imam Mahdi as.

Rencana musuh Allah diperlihatkan dan Allah telah memperilahatkan bahawa DIA maha berkuasa menggagalkan rencana musuh.

Di saat BN sudah lemah bagaimana BN menang bahkan boleh merampas semula dua negeri dari tangan Pakatan Pembangkang.  Kerana doa para wali Allah dan ahlul bait yang mahu menyelamatkan bumi daulah ini.

Di dalam barisan pembangkang (segelintir dalam BN) terdapat golongan yang mahu melihat bumi Islami ini menjadi bumi kafir. Mereka merencana misi licik bagi menghapuskan Islam di Malaysia dan seterusnya menghalang daulah.

 Orang Islam tidak melihat hakikat ini di saat kita mahukan bumi Malaysia menjadi bumi Islam. Laungan takbir yang kita ucapkan hanya tipuan semata-mata kerana kita rela melihat Islam hancur sedang musuh Allah berkuasa

Wahai umat ISLAM baik UMNO, PAS mahupun PKR. Jika kita mahu tinggikan Islam maka perkara PERTAMA yang perlu dilakukan ialah BERSATU.

Kaum Kuffar sudah BERSATU mahu MEGHANCURKAN Islam. Jika kita berterusan begini maka mimpi kita hanya tinggal mimpi.

Bukankah baginda Nur Muhammad saw MENYATUKAN kaum Aus, Khazraj dan Muhajirin SEBELUM membina Daulah?

Buat pejuang UMNO, laksanakan Amanah yang Allah berika sebaik-baiknya sebelum Allah menarik balik mandat yang diberiNya. Ingat janji-janji kalian itu, Allah melihat apa yang kalian lakukanan.

Buat pejuang PAS, anda telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam dengan BEKERJASAMA dengan musuh Allah. Jika anda bereterusan begini maka PAS sekali-kali TIDAK AKAN diberi kepercayaan untuk menjaga bumi Daulah.

Buat pejuang PKR, misi anda hanya untuk melempias nafsu untuk berkuasa di atas bumi Daulah. Allah sekali-kali tidak akan menyerahkannya kepada kalian hingga kalian bertaubat dan kalian berjuang dengan Ikhlas kerana Allah bukan kerana KUASA.

 Buat Musuh-musuh Allah, bumi Malaysia adalah milik Allah dan Rasul untuk diberi kepada Imam Mahdi. Kalian tidak akan mampu menghalang apa yang ALLAH JANJIKAN.  Hingga kini hanya mereka yang Allah pilih diberi mandat untuk MENJAGA bumi daulah ini hingga datangnya Imam Mahdi dan Fata At Tamimi untuk mengambilnya untuk dijadikan bumi Islami.

Akhir kata buat YM Perdana Menteri, ambil berat hal ehwal umat Islam, bantulah semampu anda dan jagalah ahlul bait Rasulullah saw serta berbaiklah dengan jemaah kebenaran moga-moga Allah mengampuni dan memberi hidayah kepada Datuk sekeluarga dan melindungi Datuk dari musuh-musuh Allah

Sekian Assalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan BN ini adalah masanya mereka mula berbaik-baik dengan GISB dan memulakan kerjasama baru demi Islam yang praktikal dan menjadi perkara utama.

Tanpa Nama berkata...

saranan oleh blogger Afterdark agar UMNO belajar cara ekonomi dan dakwah dari GISB

PETISYEN RAYUAN KEPADA UMNO

http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/05/petisyen-rayuan-kepada-umno.html?

-posman-